Tuesday, May 19, 2009

Santai Pemuda Takis



Tarikh 19 Apr 2009 memang sibuk itinerari kami. Mesyuarat, kunjungan hormat dan pada malamnya memenuhi jemputan daripada Pemuda Umno Cawangan Takis.


Peluang ini kami optimumkan untuk mempereratkan hubungan dengan ahli di akar umbi. Suasananya santai, simple BBQ tapi sambil sembang-sembang untuk mendengar dan menyelami hati nurani mereka.

Hazri : Ikan-ikan untuk malam ani kami belurih dari tabasan kampung
Cikgu Mokhtar : (Rusak anak ani eh...)
Pada malam tersebut Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali mengumumkan pelantikan Ketua Pemuda Cawangan Takis Sdr Hazri Hj Ajamain sebagai Setiausaha Kerja Pemuda Umno Bahagian.



"Setelah melihat anak bulan dalam perjalanan ke sini tadi, dengan ini saya mengumumkan bahawa Sdr Hazri Ajamain dilantik sbg Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Papar."
Razak : Itulah aku baca laporan ekunumi patang tadi
NKP : Zak, bulih ka kau ekonomi-kan cerita kau? Tulung lah..
Bahrudin : Mohon diam Beringis/Kelanahan, nanti kena keluar Dewan
PSU : Hihihi... hidup Chelsea!

Razak : Kudangar Sahrum yg membuat dadih atu
PSU : Bukan iyak, pebiniannya
Yan : Apa resepinya, Rum?
Sahrum : Reload-kan dulu ba, baru ada cerita



Rohan : Letrik ini adalah suatu seni, kita tak dapat melihat dan menghidunya dengan deria kasar. Tapi kita boleh rasa kehadirannya dengan bil yang kita terima tiap-tiap bulan.
Dalam masa yang sama Pemuda Umno Bahagian juga mengumumkan sumbangan set pakaian batik dan capal untuk pakaian seragam kumpulan hadrah di kampung berkenaan.
Yeay, Yeay, kami akan dapat baju baru dan capal baru, yeay, yeay!

Rahim: Makanan tidak ada erti tanpa minyak tanah....

Sgt Hassan: Kenapa kamu bakar? Kan lagi baik kalau disalai saja...

Razak : Nda berapa ekunumi ba cara kamu buat ni. Patutnya penyapit ni dibakarkan jua sekali, ilanglah...

Dua peminat Chelsea sedang diapit oleh dua peminat juara EPL, Piala Liga, Club World Cup, Charity Shield, bla, bla, bla... macam-macam lagi piala hingga tak terkata

Boni : Panat ba kan hari ni, meeting, lawat Datuk, tapi pasal khidmat kepada Pemuda, sia datang jugak

Rico : Ya kan, Panat tapi puas!

Yan & Malim : Kami taulah Chelsea dan Liverpool biasa dapat numbur dua....

::KPP::

2 comments:

  1. Oleh kerana dalam PUP ni ada orang kuat MU juga,apa kata 27 hb ni buka SKRIN GERGASI. Buat promolah dulu.Ajak ramai2.Boleh guna 1 batu tembak 2 burung. 1) dapat menonton Champion League ramai-ramai. 2) dapat dekati dan bermesra dengan akar unmbi sambil minum2 kopi. Mesti hangat punya. Penyokong team yang x layak tu sudah tentu sokong Barca..Bawa hati yang lara la tu..hehehe.Liga Juara-juara=MU..

    ReplyDelete
  2. Salam sdr Pejuang Kesan,
    Cadangan sdr sangat baik. Klu tak silap saya ada 1 restoran di Papar b'sebelahan dgn Klinik Dr Mustafa yg ada buat lepak-bola sedemikian.

    Memang berkesan cara pendekatan relaks sebegitu.

    ReplyDelete