Thursday, May 14, 2009

Bengkel Penternakan Lintah Untuk Pemuda Kg Pengalat Besar/Kg Sekayan


Sebagai salah satu usaha ke arah menjana produktiviti ke-ekonomi-an komuniti Pemuda, kepimpinan Pemuda Umno Papar telah, sedang dan akan merangka dan melaksana beberapa program bersifat sedemikian. Salah satu daripadanya ialah dalam sub-sektor penternakan komersil iaitu penternakan lintah.
::
Pada 14 Mac 2008, Pergerakan Pemuda Umno Papar telah menaja satu bengkel yang melibatkan 20 orang ahli-ahli Pemuda dari beberapa cawangan di sekitar Kg Pengalat Besar dan Kg Sekayan.
::
Bengkel sehari yang bertempat di Kediaman YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar di Lok Santing Kg Pengalat Besar diselenggarakan oleh beberapa org AJK Pemuda Bahagian dari dua kampung berkenaan iaitu Sdr Aiddie Dahlin, Sdr Jamlih Nerubi, Sdr Rohan Ahmat, Sdr Malim Taip dan Sdr Mohd Nazrey Ugun.

Rahim @Tikam iaitu salah seorang fasilitator bengkel berkenaan sedang menunjukkan demonstrasi bagaimana lintah memberus taring mereka

Sebuah syarikat pembekal/pembeli dari Kota Marudu menyampaikan modul teknik dan praktis penternakan dari peringkat pembibitan hinggalah penuaian serta potensi pasaran produk berkenaan.
::
Alhamdulillah harapan kepimpinan Pemuda Umno Papar tercapai apabila 70% daripada peserta pada bengkel berkenaan kini menyertai satu Skim Bantuan Penternakan yang digagaskan oleh Pemuda Papar melalui Biro Ekonomi yang dipengerusikan oleh Sdr Abd Razak Abd Rashid.

Jamlih adalah usahawan pertama pada bengkel hari berkenaan yang mendapat surat pelantikan/perjanjian daripada/dengan syarikat pembekal secara contract-farming

Adalah diharapkan bahawa skim cuba-mula ini akan berjaya dan dapat dikitar supaya kami dapat membantu dalam melahirkan pengusaha-pengusaha kecil yang mampu-diri.
Selamat menternak diucapkan kepada 14 orang bakal usahawan lintah berkenaan.

Fazil (yang menjadi wakil AJK Pemuda Umno Bahagian sebagai perasmi) sedang menceritakan pengalaman beliau menggigit lintah di tebasan ketika zaman remajanya. Kelihatan Abun @Aiddie memberi signal kepada Rohan supaya off-kan mikrofon sebelum keadaan menjadi bertambah parah


Para peserta kelihatan kagum dan percaya akan pengalaman yang diceritakan oleh Fazil


Sebahagian daripada AJK Pemuda Umno Bahagian yang hadir memberi sokongan. Gambar dari kiri Rico @Latip, Razak, Bahrudin dan Jimmy @Rohzimi


Para peserta sedang mengikut sesi amali


Fasilitator utama iaitu promoter syarikat sedang memberikan ilmu praktik iaitu cara berdiri yang betul sebelum 'bercakap dengan lintah'


::KPP::

No comments:

Post a Comment