Friday, May 22, 2009

Majlis Tahlil di Cawangan Sri Sayang Pengalat Besar


Pada 1 Mei 2009, Pergerakan Pemuda Umno Papar mengadakan majlis tahlil di rumah keluarga Ketua Pemuda Umno Cawangan Sri Sayang Sdr Shamrin Sawal, di Lok Santing, Kg Pengalat Besar.




Ibu kepada Shamrin iaitu Allahyarham Asmah Bte Bidin telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi diabetes dan dikebumikan pada 24 April 2009.
::
Selain Ketua, Naib Ketua, Penolong Setiausaha serta beberapa AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar, turut hadir dalam majlis itu ialah Tuan Hj Jailani Riasin dan penduduk sekitar. Sdr Rohan Ahmat diberikan penghormatan untuk memimpin bacaan tahlil dan doa.
::
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ketabahan diberikan kepada keluarga Shamrin untuk meneruskan kehidupan sepeninggalan ibu tersayang. Amin.

Sdr Rohan sedang memimpin bacaan tahlil





Sdr Malim Taif yang diamanahkan mengurus persediaan majlis sedang sibuk menjalankan tugas

Klik gambar ini untuk melihat apa yang sedang dipertontonkan Sdr Hassan kpd Sdr Abun @Aiddie sambil diperhatikan oleh Pengerusi Tetap Sdr Bahrudin





::KPP::

No comments:

Post a Comment