Thursday, July 30, 2009

Reezal Merican : Keazaman Membela Rakyat

Berikut adalah petikan rencana bertajuk "Keazaman Membela Rakyat" yang ditulis oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 30 Julai 2009:

......sebuah kerajaan yang baik, mestilah mampu menterjemah "idealisme" kepada
pelaksanaan. Bukannya sekadar berada dalam dunia utopian yang tidak kesampaian. Ataupun sekadar menjadi kerajaan yang "lemah, reaktif dan mendodoi rakyat dengan omongan politik". Ataupun kerajaan yang sekadar bijaksana dalam memberi 'cakap angin' kepada kehendak perubahan.

::
Untuk sebuah kepimpinan yang secara relatifnya baru, berani hadir dan tampil dengan perincian prestasi seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri setidak-tidaknya mendapat perhatian orang muda.

::
Mereka, yang sudah sekian lama terbiasa dengan perincian prestasi di tempat
mereka bekerja, berasa senang hati dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu. "Kali ini, kami boleh buat perbandingan. Yang mana sekadar bercakap
tetapi tidak jujur dengan usaha 'pembaikan' akan terkena pada pilihan raya akan
datang," ujar seorang teman penulis, seorang eksekutif kanan di sebuah firma
antarabangsa.

::
Francis Fukuyama dalam bukunya, State Building, Governance and the World Order in 21st Century, menyebut tentang keperluan state strengthening. Kerajaan mesti diperkuatkan dengan pembaikan kapasiti pentadbiran, ketelusan dan kecekapan pengurusan sektor awam.

::
Dengan mempunyai NKRA yang jelas, tidak ada alasan sebenarnya untuk wujudnya kecacatan 'pelaksanaan' buat kali ini. Kali ini, sektor awam mestilah juga bersedia menjadi "rakan pelaksana" kepada hasrat kerajaan. Setidak-tidaknya, pada pandangan penulis, usaha kerajaan kali ini akan menampilkan gelombang penerimaan positif rakyat.

::
Sebagai rakyat dan juga pengundi, majoriti mereka hanya mahukan sebuah kerajaan yang mampu dan wibawa. Kerajaan yang berani melakukan perubahan dan bertindak demi kepentingan rakyat.

::
Kerajaan yang boleh memberi 'tawaran baru' kepada mereka.

Untuk bacaan lanjut, sila ikuti rencana berkenaan di pautan ini.

Friday, July 24, 2009

Kejohanan Futsal Pemuda Papar 2009!


Perancangan beberapa bulan kini bakal dizahirkan!

Kejohanan Tertutup Futsal 24-Jam Anjuran Pergerakan Pemuda Umno Papar akan berlangsung pada 1-2 Ogos 2009 ini bertempat di Arena Futsal Padang Pekan Papar. Ianya akan dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Syarat penyertaan sangat mudah terbuka kepada semua warga (lelaki) di Papar ini iaitu hanya perlu membayar yuran penyertaan RM5.00 untuk sebuah pasukan dan anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah pertandingan bernilai RM8,000.00.

Antara hadiah-hadiah itu ialah Johan wang tunai RM3,000.00, Naib Johan (RM2,000.00), Tempat Ke-3 (RM1,000.00) dan Tempat Ke-4 (RM500.00).

Hadiah-hadiah lain akan ditawarkan untuk pemenang-pemenang acara sampingan seperti Dart dan Sepak Manggis serta cabutan tiket-tiket bertuah.

Di samping itu anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 3.5 juta orang Bumiputera di Malaysia yang menjadi ahli Umno sambil juga mendaftar sebagai pengundi dalam senarai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), melalui kaunter-kaunter yang dibuka di kawasan acara berlangsung.

Apa lagi bro.... sila hubungi penama-penama yang disenaraikan di sebelah kanan blog ini pada nombor-nombor fon yang dicatatkan.

Futej Sidang Perwakilan Papar Sesi Ke-18

Berikut adalah futej berupa sebahagian foto-foto pegun yang dirakamkan sepanjang hari Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Papar pada 19 Julai 2009 di Borneo Paradise Resort.

Senario di kaunter pendaftaran...



Para perwakilan menjamu sarapan pagi sebelum persidangan bermula...









Rombongan Pergerakan Wanita Umno Papar yang membantu dalam beberapa proses persidangan...




Para Jemputan Duduk Depan Dari Kiri: Tuan Hj Abdillah Imran (Setiausaha Bahagian), Datuk Hj Abuali Ganturon (mantan Bendahari Bahagian), En Jamal Nerubi (mantan Ketua Pemuda), Pn Norlaila Hj Dusi (Naib Ketua Wanita), Cik Yantey Adam (Ketua Puteri)


Sebahagian para perwakilan yang tetap tersenyum walau bersidang selama lebih 4 jam pada hari itu...




Sebahagian AJK Pemuda yang komitmen mereka tetap konsisten dalam melaksanakan apa saja program dan aktiviti Pemuda sebermula 25 Okt 2008


Taklimat Penerangan. Patutkah memberi taklimat sambil berkempen Perwakilan 2? Tsk, tsk, tsk...

Pembentang Usul Penyata Tahunan

Pembentang Usul Penyata Kewangan

Pembentang Usul Politik, Pendidikan, Ekonomi, Sosial...

Pembahas Usul
Pembahas Usul

Pembahas Usul

Pembahas Usul

Penyokong Usul Perwakilan 10

Terima Kasih kepada Rombongan Pemuda Kimanis yang datang sebagai Wakil Badan Perhubungan Pemuda Umno Negeri Sabah

::KPP::

Tuesday, July 21, 2009

Pemuda Papar: Melangsai Obligasi Sesi Ke-18



::
Pada pagi 19 Julai 2009 (Ahad), para perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Papar daripada 69 cawangan telah berbondong di Dewan Mesyuarat Borneo Paradise Resort, Kinarut bagi melangsaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli-ahli Umno sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Pergerakan Pemuda Umno.
::
::
Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian kami dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.22 Pantai Manis.
::
Sementara itu Wakil Perhubungan Pemuda Umno Negeri ialah Sdr Mohamad Alamin yakni Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kimanis yang dibantu oleh rombongan AJK Pemuda Bahagian beliau. Manakala Wakil-wakil Umno Bahagian Papar terdiri daripada En Mokhtar Hj Matyasin, En Sulaiman Osman, En Manshor Ghafar.
::
::
Turut hadir ialah YB Timbalan Ketua Bahagian Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Naib Ketua Bahagian En Juil Nuatim, Setiausaha Bahagian Tuan Hj Abdillah Imran, Ketua Pergerakan Puteri Cik Yantey Adam dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Puan Norlaila Hj Dusi.
::

::
Tidak ketinggalan Pengerusi Tetap Bahagian Tuan Hj Karim Madun, barisan AJK Bahagian, AJK Wanita dan AJK Puteri. Antara tetamu jemputan ialah Tuan Pegawai Daerah En Iman Ali, Pegawai Pelajaran Daerah En Abidin Marjan, tokoh prominen setempat YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon, mantan Ketua Pemuda Papar Sdr Jamal Nerubi, Ketua Pemuda Umno Ranau Sdr Faiz Nordin dan Ketua-ketua Pergerakan Pemuda PBS Pantai Manis dan MCA Papar.
::

::
Seramai 203 orang perwakilan telah hadir dan menjalankan tanggungjawab yang bermula pada jam 9:30am dan berakhir pada jam 1:50pm.
::
Beberapa usul sempat dibentangkan dan dibahas sepanjang Persidangan. Item lain dalam agenda Mesyuarat ialah pemilihan dua (2) orang Perwakilan Pemuda Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda Umno Malaysia pada Oktober 2009 ini dan pemilihan sepuluh (10) orang Perwakilan Pemuda ke Mesyuarat Tahunan Umno Bahagian pada Ogos 2009.
::
Dalam pemilihan Perwakilan 2, tujuh (7) calon menawarkan diri dan daripada sebanyak 172 undi yang dibuang/dikembalikan, dua orang yang terpilih ialah Sdr Mohd Fazil Mohd Ali (161 undi) dan Sdr Rohan Ahmat (67 undi).
::

Ucapan Dasar oleh KP Sdr Armizan Mohd Ali

Ucapan Penggulungan oleh NKP Sdr Roslie Hj Ibrahim


Perincian ucapan perasmian, ucapan dasar, ucapan penggulungan, pembentangan usul dan bahas serta futej sepanjang Sidang akan disiarkan dalam masa terdekat.

::KPP::

Penyerahan Sumbangan Kasut Bola Untuk Pasukan Papar Bawah-19 Tahun





Salah satu misi Pergerakan Pemuda Umno Papar ialah melestarikan hubungan intim dengan golongan belia termasuk golongan remaja.
::
Sebagai manifestasi kepada hasrat itu, pada 14 Julai 2009, kami telah menyampaikan satu set 22 pasang kasut bola sepak untuk Pasukan Bawah-19 Tahun Bola Sepak Papar sebagai sebahagian daripada persiapan mereka menghadapi Kejohanan Anjuran SAFA Zon Pantai Barat Selatan.
::
Untuk maksud itu penyerahan itu dizahirkan oleh wakil kami Pen. Bendahari Sdr Sahrum Datuk Hj Abu Ali yang diadakan secara ringkas di grand stand Padang Pekan Papar.
::
Semoga melalui interaksi sedemikian akan memupuk jenama Umno 'lekat di mata, lekat di hati' kepada golongan remaja ini.
::KPP::

Friday, July 17, 2009

Lawatan Mangsa Kebakaran di Gana


Pada 5 Julai 2009, kami Pergerakan Pemuda Umno Papar telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan untuk keluarga ahli Pemuda iaitu Sdr Nicholas Simon di Kg Gana, Papar.
::
Keluarga malang ini telah ditimpa musibah apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran baru-baru ini. Rumah berkenaan hangus secara total dan jika ada konsolasi ialah tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian tersebut.





YB Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Kawang Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar difahamkan telah meluluskan peruntukan kilat RM10,000.00 dan diharapkan ianya dapat membantu keluarga ini membina semula rumah separa kekal secara beransur-ansur.


Ketika lawatan kami Nicholas dan ahli keluarganya menghuni sebuah khemah sementara berdekatan dengan tapak rumah asal dan keadaannya memang menghibakan sesiapa yang melihat keadaan berkenaan.




Kami mendoakan agar keluarga Nicholas cepat pulih dari trauma kejadian dan bangkit meneruskan kehidupan yang lebih teguh selepas mengharungi ujian yang cukup getir itu.
::KPP::


Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Papar Ke-18

Pergerakan Pemuda Umno Papar akan mengadakan Persidangan Sesi 2009/ke-18 pada takwim yang berikut:
::
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8:00am
Tempat : Dewan Persidangan Hotel Borneo Paradise, Kinarut

Perasmian Mesyuarat dijangka dilakukan oleh YB Ketua Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail.
::
Seramai 235 orang perwakilan dijangka hadir dan para perwakilan cawangan diwajibkan memakai pakaian t-shirt berwarna hitam Pergerakan Pemuda Umno Papar.
::
Antara agenda Mesyuarat ialah pembentangan dan perbahasan beberapa usul serta pertandingan untuk Perwakilan Dua - yang melibatkan 7 orang calon - ke Persidangan Agong Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di PWTC Oktober 2009.


::KPP::

Kempen Kesedaran H1N1 Di Tamu Papar


Pada Ahad 5 Julai 2009, Pemuda Papar dan Puteri Papar mengadakan kerjasama buat julung kalinya dalam aktiviti kemasyarakatan.

Pada hari berkenaan, berbekalkan dengan brochure dan kit yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan atas ihsan YB Timb. Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kami menyingsing lengan menyampaikan mesej tentang 'kesedaran bahayanya virus H1N1' di Tamu Pekan Papar.

Kempen ini perlu memandangkan ianya bukan saja terdedah kepada mereka yang mengembara keluar negeri sahaja, malah akan risiko jangkitan secara tempatan yang semakin meningkat. Mudah-mudahan mesej yang kami bawa ini akan tersebar luas secara kesan malar.











::KPP::