Friday, May 15, 2009

Pemakluman: 2 Program Di Hujung Minggu Ini

Pergerakan Pemuda Umno Papar akan mengadakan dua program pada Sabtu dan Ahad ini.


Pada 16 Mei 2009, Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar Sesi ke-17 akan diadakan di Dewan Serbaguna Kg Pengalat Kecil. Majlis ini akan dirasmikan oleh En Shahrul Zaman Dato' Yahya iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan Malaysia. Di samping itu YB Ketua Bahagian Datuk Hj Rahim Ismail juga dijangka hadir.

Semua Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha Cawangan-cawangan telah diberikan surat pemakluman untuk sama-sama hadir dalam majlis berkenaan yang akan bermula pada jam 1:45 petang.

Sementara itu pada jam 10:00 pagi, 17 Mei 2009, bertempat di Dewan Serbaguna Kg Kawang akan dilangsungkan Program Pencegahan Jenayah yang dianjurkan bersama antara Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar dengan IbuPejabat Polis Daerah Papar.

Program ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

Semua dijemput hadir dalam program berkaitan keselamatan kejiranan berkenaan dan jamuan akan disediakan. Datanglah beramai-ramai.



::KPP::

No comments:

Post a Comment