Siri Santai Pemuda yang ke-6 telah berjaya diadakan di kediaman AJK Pemuda Bahagian kami Sdr Abd Razak Rashid di Lorong Kassim, Kg Beringgis pada 9 Ogos 2009.
::
Majlis dimulakan dengan solat jemaah Maghrib dan tahlil di rumah berkenaan.
Tuan Rumah sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.
AJK Pemuda dari kiri: Rohan, Jamlih, Yan, Jimi, Rico dan Abut
::
Agenda malam itu diteruskan dengan majlis penyerahan permohonan menjadi ahli Umno daripada kawasan Kg Beringgis iaitu di bawah Daerah Mengundi/Peti Undi Kawang.
::
Cawangan pertama iaitu Cawangan Kg Beringgis menyerahkan borang penambahan ahli manakala satu cawangan penaja iaitu Cawangan Bangkau Dela menyerahkan borang permohonan penubuhan.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog.
Suhaimi Basirin sedang mengajukan pendapat dan cadangan pada majlis dialog. Beliau adalah mantan KP Cawangan Beringgis yang terus aktif menyumbangkan tenaga dalam apa-apa aktiviti Pemuda khasnya di Kg Beringgis.