Tuesday, May 12, 2009

Pemuda Papar Mengiringi (Mantan) Ketua Pemuda Umno Malaysia


Pergerakan Pemuda Umno Papar telah berpeluang mengiringi Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein, (mantan) Ketua Pemuda Umno Malaysia merangkap (mantan) Menteri Pelajaran Malaysia dalam lawatan beliau ke Papar dan Keningau pada 7 dan 8 Feb 2009.

Pada 7 Feb 2009, Dato' Seri Hisham menjadi Tetamu Kehormat untuk menjadi saksi penyerahan Tabung NSTP Untuk Gaza yang dikumpulkan oleh usaha bersama Umno Bahagian Papar dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan.





Koleksi Tabung Kemanusian Gaza berjumlah RM10,000.00 itu diserahkan kepada pihak NSTP pada suatu Majlis Makan Malam di sebuah resort di Papar. Ianya diserahkan oleh Umno Bahagian melalui YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail, Ketua Umno Bahagian Papar manakala En Zulkhairy Hj Ismail (yang juga AJK Bahagian Umno Papar) mewakili Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan.





Selepas majlis berkenaan, Pemuda Umno Papar mengiringi Dato' Seri Hisham pada malam yang sama bertolak ke Keningau dalam perjalanan selama hampir dua jam yang merentasi Banjaran Crocker.


Keesokan harinya kami bersama rombongan (mantan) Menteri Pelajaran bertolak ke SMK Nabawan II bagi beliau melancarkan Program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.



Pemuda Umno Papar berasa amat bangga dan berpuas hati kerana diberi peluang mengiringi Dato' Seri Hisham bukan saja atas kapasiti beliau sebagai Menteri Pelajaran malah sebagai (mantan) Ketua Pemuda Umno Malaysia.

::KPP::

No comments:

Post a Comment