Wednesday, April 27, 2011

Mukhriz Tun Dr M Dijadual Rasmi Mesyuarat Pemuda 1 Mei



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian 175 Papar akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2011 pada Ahad 1 Mei 2011, bertempat di Dewan Masyarakat Pekan Papar.



Untuk kali ini perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Pada tahun lepas perasmian dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Dato' Razali Ibrahim merangkap Timbalan Menteri Belia & Sukan.


Selain Datuk Mukhriz, Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap Pengerusi RISDA Holdings juga dijangka hadir dan menyampaikan ucapan. Di samping itu Ketua Pemuda UMNO Sabah Sdr Azman Ruslan dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Papar YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar juga dijangka akan turut hadir.


Para perwakilan dinasihatkan semua hadir seawal 7:45 pagi untuk proses pendaftaran.



Selamat Bersidang!