Monday, May 2, 2011

Cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Papar

Pada Mesyuarat Perwakilan Ke-20 Pergerakan Pemuda UMNO Papar yang diadakan pada 1 Mei 2011, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Papar Sdr Armizan Mohd Ali di dalam Ucapan Dasarnya membawa beberapa cadangan, antara lain:

::

1. Pengujudan Majlis Pembangunan Daerah Papar sebagai complement (pelengkap) kepada Majlis Tindakan Daerah yang telah sedia wujud. Ahli-ahli Majlis Pembangunan ini hendaklah terdiri daripada pelbagai latar-belakang termasuk kumpulan profesional dan belia.

::

2. Timbal-balik tanah-tanah di dalam Daerah Papar yang diambil untuk maksud pembangunan infrastruktur bagi benafaat negeri dengan peruntukan pembangunan untuk masyarakat Papar. (Sebagai contoh Cadangan Pembinaan Empangan di Kg Kaiduan yang dalam peringkat kajian sekarang. Jika projek ini diluluskan, ia melibatkan keluasan tanah 350km kaki persegi. Dan memandangkan ia bermaksud untuk menampung keperluan bekalan air bersih di Pantai Barat Sabah maka adalah wajar penduduk Papar menerima 'pampasan' bersesuaian dalam bentuk geran/peruntukan pembangunan khusus untuk Daerah Papar).

Keratan akhbar Borneo Post, Isnin 2 Mei 2011





Armizan berkata bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Papar bersedia memberikan sokongan kepada kepimpinan Bahagian UMNO Papar dan ketiga-tiga wakil rakyat BN di sini jika memerlukan sebarang inisiatif bagi maksud cadangan-cadangan tersebut.





Mesyuarat Perwakilan berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah YB Dato' Mukhriz Tun Dr Mahahthir. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap ADUN N.22 Pantai Manis juga Pengerusi RISDA Holdings dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar merangkap ADUN N.21 Kawang juga Pembantu Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sabah.








::KPP::








Wednesday, April 27, 2011

Mukhriz Tun Dr M Dijadual Rasmi Mesyuarat Pemuda 1 Mei



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian 175 Papar akan mengadakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan 2011 pada Ahad 1 Mei 2011, bertempat di Dewan Masyarakat Pekan Papar.



Untuk kali ini perasmian akan disempurnakan oleh YB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Pada tahun lepas perasmian dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Dato' Razali Ibrahim merangkap Timbalan Menteri Belia & Sukan.


Selain Datuk Mukhriz, Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap Pengerusi RISDA Holdings juga dijangka hadir dan menyampaikan ucapan. Di samping itu Ketua Pemuda UMNO Sabah Sdr Azman Ruslan dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Papar YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar juga dijangka akan turut hadir.


Para perwakilan dinasihatkan semua hadir seawal 7:45 pagi untuk proses pendaftaran.



Selamat Bersidang!