Saturday, May 23, 2009

Program Ziarah Ehsan Hari Pertama

Di Laman Rumah Keluarga En Jubilee Anjuman



Di Laman Rumah Keluarga En Mijoss Roman

Maka pada 3 Mei 2009, terzahirlah apa yang kami hasratkan. Jelajah julung Ziarah Ehsan Hari Pertama kami dilakukan di Kg Balailait Dambai.

Diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali, rombongan yang dipandu oleh AJK Sdr Boniface Huang dan Pengerusi JKKK Kg Balailait En Andrew Balandung, memulakan ziarah ke rumah keluarga En Jubilee Anjuman.






Ziarah disusulkan dengan lawatan ke rumah keluarga En Mijoss Roman di kampung yang sama.




Pengerusi Biro Kebajikan kami Sdr Jimmy @Rohzimi Kassim juga telah mengundang dua petugas dari pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar untuk turut serta dalam jelajah ziarah kali ini.


Maka kehadiran Cik Vanessa dan Cik Ida memudahkan lagi urusan dokumentasi berkait Program Cari di bawah seliaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar. Mudah-mudahan ziarah sebegini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada mempercepatkan kolasi data untuk maklumat dapat diperpanjangkan ke jabatan/agensi yang berkenaan.

Boniface menyerahkan satu set kipas angin sumbangan Pemuda Umno Papar kepada keluarga En Jubilee Anjuman


::KPP::

No comments:

Post a Comment