Sunday, May 24, 2009

Lawatan Julung Perdana Menteri Ke Sabah




YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 4-5 Mei 2009.

Ini merupakan lawatan pertama kali beliau ke Sabah semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009.

YAB Perdana Menteri tiba dengan jet Kerajaan Malaysia pada 4 Mei 2009 yang mendarat jam 5:50pm di Terminal II Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



Untuk acara sambutan Pemuda Umno Papar telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Naib Ketua kami iaitu Sdr Roslie Hj Ibrahim.

Keesokan harinya, dalam satu majlis Perhimpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Padang Merdeka Kota Kinabalu, rombongan kami juga hadir diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda Sdr Mohd Rosli Ibrahim.

PSU sedang menunjukkan cara menepuk tangan tren baru

Pemuda Papar berlindung di bawah naungan speaker

Barisan kepimpinan Pemuda Umno Negeri yang hadir

Dalam pada itu, kami juga merasa bangga kerana Ketua Pemuda Umno Cawangan Istana Kinarut Sdr Affendy Imansyah dipilih menjadi AJK Pelaksana Sambutan untuk majlis sebesar ini dan penyertaan beliau ini sudah tentu melakar imej konstruktif kepada Pemuda Umno Papar khasnya.
KP Cawangan Istana Kinarut sedang bertugas di kiosk DBKK
::KPP::

No comments:

Post a Comment