Tuesday, May 12, 2009

Kejohanan Bola Sepak Anjuran Gabungan Pemuda Umno Pengalat Kecil



Pada 24 Jan 2009, Gabungan Cawangan-cawangan Pergerakan Pemuda Umno Papar menganjurkan Pertandingan Bola Sepak 9-Sebelah Peringkat Daerah Papar.


Para petugas Penganjur yang komited diketuai oleh Gos @ Erwan Jaimin

Pertandingan yang berlangsung selama beberapa hari itu berjaya menarik penyertaan 29 buah pasukan dari seluruh pelusuk Daerah Papar.


Ketua Pemuda Umno Papar Sdr Armizan Mohd Ali sempat mengikuti beberapa perlawanan sepanjang tempoh tersebut dan menghadiri perlawanan akhir.


KP membuat perasmian dengan menendang bola angin...



Naib Ketua Pemuda Umno Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim yang menjadi Penasihat Penganjur berkata kejohanan sebegini dianjurkan dalam usaha mencungkil bakat dan merapatkan Pergerakan Pemuda Umno dengan warga peminat bola sepak di Papar.



Antara barisan AJK Pemuda Umno Papar yang menjadi penonton yang masuk stadium tanpa membayar tiket


Pada perlawanan akhir ianya menemukan antara pasukan Majlis Daerah Papar (MDP) dan pasukan Undertaker dengan ianya dimenangi oleh pasukan MDP dalam permainan terbuka.

Pasukan Johan MDP yang menyenaraikan Tom @ Jainin Tinin (mantan pemain Negeri Sabah) sebagai tunggak pasukan




Pasukan Naib Johan Undertaker dari Kg Sabandil yang menyenaraikan Obama sebagai salah seorang pemain



Gandingan Mantop!

Kejohanan kali ini juga mencatat beberapa kenangan manis termasuk kehadiran (mantan) Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Sdr Khairy Jamaluddin (kini Ketua Pemuda Umno Malaysia).




Beliau yang kebetulan berada di Sabah turun secara impromptu ke Papar sebaik mendapat makluman akan aktiviti yang sedang berlangsung untuk beramah mesra dengan komuniti Pemuda Umno Papar.


3 orang AJK Pemuda yang gagal disenaraikan sebagai pemain oleh mana-mana pasukan terdiri dari Rico @ Latip, Jaya dan Sabudin @ Bahrudin


Hujan hanyalah titisan air yang gagal memberhentikan permainan

Anuar @ Y @ Durr gagal mendapat sebarang jersi untuk bermain dan terpaksa dikawal oleh Ame'@ Herman (Pegawai Penjara) supaya dia tidak mengganggu perlawanan






Siapakah jejaka ini? Jeng, jeng, jeng.....


::KPP::

No comments:

Post a Comment