Sunday, May 17, 2009

Mesyuarat AJK Ke-III





Pada 19 Apr 2009, Pergerakan Pemuda Umno Papar mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang ke-III di kediaman Hjh Richemjan Khan Bahadar, Lok Santing Kg Pengalat Besar.




Pelbagai perkara dibincangkan termasuklah kemajuan rancangan dan pelaksanaan beberapa program. Turut dibincangkan ialah kunjungan hormat ke Pusat Khidmat YB Timb. Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar.

Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali juga mengumumkan pelantikan Sdr Nasip Yunus sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan. Dengan pelantikan ini maka hanya tinggal satu saja lagi kuota lantikan yang belum diisi di mana sebelum ini satu lagi telah diberikan kepada Sdr Boniface Huang.

Selamat Datang dan Selamat Berkhidmat diucapkan kepada Sdr Jiroy @Nasip Yunus.
Rahim: Better late than never... atau dalam Bahasa Dialek Sapat, biar kedapatan lambat asal jangan teropot ellou....

::KPP::

No comments:

Post a Comment