Friday, May 22, 2009

Majlis Perkahwinan Di Kg Kawang

Pengantin Perempuan diapit oleh kedua ibu-bapanya yang telah berjaya menjalankan amanah mereka mencorakkan kain putih, bergambar bersama-sama pasukan Pemuda yang hadir pada malam tersebut

Pada 1 Mei 2009, selepas majlis tahlil di Cawangan Sri Sayang, pasukan Pemuda terus bergerak secara konvoi ke rumah salah seorang Pembantu Khas YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar iaitu En Mursin Hj Lani di Kg Kawang.

Ziarah itu adalah untuk meraikan majlis perkahwinan anak En Mursin dan Puan Hadiah Bt Abd Lapeh iaitu Cik (kini Puan) Melisa Bt Mursin yang majlis kenduri sebenar berlangsung pada 3 Mei 2009.

Memandangkan banyaknya undangan pada hujung minggu tersebut maka pasukan Pemuda mengambil masa terluang untuk pergi dua hari lebih awal ke majlis Melisa apatah lagi beliau adalah anak pertama dalam keluarga beliau yang naik ke jinjang pelamin.

Melisa menyampaikan cendera kenangan kepada bekas gurunya di SMK Kinarut iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Papar
::KPP::

No comments:

Post a Comment