Sunday, May 3, 2009

Program Ziarah Ehsan Pemuda: Jom Cari!


Bermula pada hari ini, Ahad 3 Mei 2009, Pergerakan Pemuda Umno Papar akan melancarkan program mingguan iaitu Ziarah Ehsan Pemuda.

Program ini digerakkan sepertimana keputusan Mesyuarat Khas JK ke-III pada 19 April 2009.

Keputusan Mesyuarat tersebut kemudian disusulkan dalam kunjungan hormat rombongan JK Pemuda yang dilakukan pada hari yang sama terhadap YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen P175 Papar di pejabat Parlimen beliau di Pekan Papar.

Berikut adalah kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Papar, Sdr Armizan Mohd Ali mengenai objektif Ziarah Ehsan berkenaan:

"Pemuda Papar akan menggerakkan program Ziarah Ehsan Pemuda yang akan berjalan setiap hujung minggu untuk mengunjungi rumah-rumah golongan yang memerlukan bantuan. Objektif program adalah untuk membantu pelaksanaan Program CARI yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan perhatian Kerajaan.

Perbincangan telah diadakan dengan Ahli Parlimen Papar agar nama individu-individu yang dikenal pasti oleh Pemuda melalui siri jelajah yang dibuat akan dipanjangkan ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar.

Fokus Ziarah Ehsan ialah untuk mencari golongan warga emas, penghidap penyakit, orang miskin dan lain-lain yang dilihat wajar mendapat bantuan kebajikan."

Pada masa yang sama, Sdr Amir mengharapkan agar agensi Kerajaan dan pegawai-pegawai yang diamanahkan di seluruh negara dapat membuat tindakan yang proaktif, bukan saja untuk mengenal pasti tetapi melaksanakan tindakan susulan.

Beliau menambah, "Program CARI adalah pendekatan terkini Kerajaan yang amat baik. Kita tidak mahu dasar dan program Kerajaan akhirnya dilihat gagal kerana pegawai-pegawai yang tidak bertanggungjawab tidak komited dan tidak efisyen dalam aspek pelaksanaan. Pada dasarnya melalui program CARI ini tidak ada golongan yang masih terpinggir dan tersisih tanpa perhatian Kerajaan."

Maka kami Pemuda Papar telah mendapat satu lagi pletfom untuk turun padang ke akar umbi dalam usaha murni Umno menjadi wadah yang prihatin. Jom Cari!

::KPP::

7 comments:

  1. Syabas kpd sdr.Amir dan individu yg terlibat. Kami sentiasa menyokong tindakan sdr.Teruskan usaha murni ini,jadilah pemimpin yg kami kagumi.Dari rakyat untuk rakyat. Terima kasih kerana m'jadikan blog pejuangkesan sebagai blog sisipan di dalam blog ini.

    ReplyDelete
  2. Modus operandi Program Ziarah Ehsan bukanlah sesuatu yang baru. Selalunya program seumpama ini diadakan bermusim terutamanya menjelang pilihanraya. Walau bagaimanapun, pendekatan turun padang ini amat berkesan dalam usaha membina jaringan di antara pemimpin dan rakyat.

    Pada masa ini, rakyat perlu tahu bahawa kerajaan sentiasa dan terus prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

    Melalui program Ziarah Ehsan ini, secara tidak langsung, Pemuda Papar dapat membantu kerajaan memulihkan imej dan memperkukuhkan kredibiliti kerajaan sedia ada, dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Buktikan bahawa tiada siapa yang dipinggirkan...

    ReplyDelete
  3. teruskan program ziarah ehsan utk membantu mereka yang memerlukan.buat ajk pemuda umno papar jangan pinggirkan pemuda di kawasan sudara.sentiasalah berdamping dengan mereka.jangan berjumpa atau berdamping dgn mereka hanya bila musim pemilihan parti.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komen-komen dan tiupan semangat daripada saudara/i.

    Kpd "pejuangkesan" marilah kita sama-sama terus berjuang memperkasa belia/pemuda agar mereka terus peka dengan perjuangan.

    Kpd komenter "akar umbi", pesan saudara/i kpd AJK mudah-mudahan akan menjadikan kami terus berpijak di alam nyata, melestarikan keakraban dengan komuniti Pemuda di akar umbi.

    Salam.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah selagi diizinkan olehNYA. Ini tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.Tq Pemuda Umno Papar.

    ReplyDelete
  6. Salam Anonymous 6:34pm,

    Ketua Pemuda kami berulang-alik antara Putrajaya-Papar dan beliau scr terbaik (untuk menetapkan jadual) akan berada di kawasan sekurang-kurangnya setiap 2 minggu.

    ReplyDelete