Wednesday, May 13, 2009

Penyerahan Set Peralatan Kompang Untuk Pemuda Kg Beringis


Warisan kesenian adalah aspek dalam kehidupan kemasyarakatan yang Pemuda Umno Papar azam untuk dilestarikan. Sehubungan dengan itu, mana-mana permintaan yang diajukan ke arah pemerkasaan warisan kesenian tersebut akan cuba sedaya upaya dipenuhkan mengikut kemampuan kami.

Menzahirkan komitmen tersebut, Pemuda Umno Papar setakat ini dapat menyahut beberapa permintaan termasuk sumbangan peralatan kompang. Salah satunya ialah sebagaimana yang dapat disempurnakan dalam satu majlis di Kg Beringis pada 10 Mac 2009 yang lepas.

Diiringi oleh beberapa AJK Pemuda Umno Bahagian, Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim telah menyampaikan satu set peralatan kompang yang disumbangkan oleh pihak kepimpinan Pemuda Umno Bahagian untuk dimanfaatkan oleh anak-anak muda di Kg Beringis.

Sebagai mewakili Pemuda Kg Beringis, Tuan Hj Malim Yusof yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian merangkap Ketua Daerah Mengundi (Pemuda Umno) Beringis telah menerima peralatan berkenaan.


NKP sedang memberi nasihat agar kalau makan seafood jangan lupa telan vitamin lecithin


Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah restoran makanan laut di Kg Beringis wakil-wakil dari beberapa cawangan Pemuda Umno di kampung itu juga turut hadir menyaksikan proses serah-terima berkenaan.


Jejaka di sebelah kiri Yan @ Imbran adalah artis undangan yang tak sempat menyampaikan sebarang lagu kerana tiada set karaoke di restoran tersebut


Rico @ Latip dan Jimmy @ Rohzimi mengaminkan doa makan yang dibaca oleh Razak manakala Rohan pula mengenangkan kerja ofisnya yang belum siap


Sahrum sedang mengingat pesan orang rumahnya supaya jangan 'makan luar'


Max @ Sgt Hassan menunjukkan kpd NKP sms daripada seorang calon


::KPP::

1 comment:

  1. Saya tertarik dengan pic ke-7 dari atas. Ayat di bawah tu mempunyai maksud yang amat mendalam terutama pd kata majmuk "makan luar" utk saudara kita tu..hehehe..kreatif.

    ReplyDelete