Sunday, May 31, 2009

Penyerahan Bibit Lintah Kepada Pengusaha Pemuda



Rumah Makau' Sebulat di Kg Sekayan dahulunya menjadi tumpuan anak muda yang ingin belajar Silat Spring.

Namun pada petang 16 Mei 2008, sekumpulan anak muda berkumpul di sana untuk 'konvokesyen Silat Lintah'....

Yup! Pada hari berkenaan anak-anak muda berkenaan yang berjaya menamatkan Bengkel Penternakan Lintah pada bulan Mac 2009, akhirnya menerima penyerahan set lintah dengan setiap seorang mendapat 100 ekor lintah bibit bersama peralatan asas seperti set kolah.

Melalui Skim Bantuan Pinjaman Ternak Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar yang diseliakan oleh Biro Ekonomi-nya, seramai 14 pengusaha mula yang terlibat di sekitar Kg Pengalat Besar dan Kg Sekayan.

Penyerahan pada hari itu dilakukan dalam satu majlis ringkas oleh YB Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.
::
Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar termasuk Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali dan Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim.

Selamat bergelumang dengan lintah diucapkan kepada para usahawan muda ini dan selamat maju jaya!


Datuk Gulam kagum melihat lintah yang keluar dari mulut Razak Pengerusi Biro Ekonomi










Antara pengusaha lintah yang hadir menerima bibit mereka

















::KPP::

Tuesday, May 26, 2009

Siri 2: Futej Sekitar Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan Pemuda Umno Papar 2009

Berikut adalah siri Ke-2 untuk program tajuk di atas. Siri Pertama boleh diikuti dengan meng-klik pautan ini.









Barisan AJK Bahagian Umno Bahagian yang hadir


Pengerusi : Errr... lagu seterusnya didendangkan oleh...


Dua orang wartawan dari akhbar Utusan Pengalat dan New Serangan Times


AJK Pemuda dan AJK Bahagian sedang berbincang mengenai menu



Sdr Nazri ahli Pemuda dari Sapat - berdiri kanan sekali - sedang meninjau item agenda kemuncak

::KPP::

Siri 1: Futej Sekitar Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan Pemuda Umno Papar

Berikut adalah siri pertama futej untuk majlis seperti dalam tajuk. Siri ke-2 boleh diikuti di pautan ini.



Ketibaan YB Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar

Bacaan doa oleh Sdr Rohan Ahmat






Ucapan Alu-aluan oleh Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali


Sdr Shahrul Zaman sedang membacakan ucapan perasmian

Dari kiri Naib Ketua Wanita Pn Norlela Hj Dusi dan Ketua Puteri Cik Yantey Adam

Wakil-wakil dari Pergerakan Wanita







::KPP::