Monday, May 25, 2009

Santai Pemuda Pengalat Kecil




Pada 15 Mei 2009, gabungan beberapa cawangan Pemuda Umno di Kg Pengalat Kecil telah mengadakan santai sempena membuat persiapan di lokasi Perasmian Berkelompok Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Papar untuk Sesi 2009.
Walaupun kelihatan letih, KP kami terus bertolak dari KKIA ke lokasi sebaik sampai dari KLIA
KP & NKP memberikan taklimat terakhir

Venue perasmian ialah di Dewan Serbaguna Kg Pengalat Kecil maka satu majlis 'kurung-kurung' untuk semangat 'munsang-munsang' diseru dalam melaksanakan tugasan persiapan.
Anuar @Durr, orang diamanahkan sebagai peraih ikan dan penyedia menu untuk majlis santai sedang dibantu oleh Naruzin @Nyam-Nyam mengisi air perigi ke dalam botol
Suasana kesantaian tidak menghalang kerja-kerja persiapan mesyuarat malah dapat disempurnakan dengan jayanya dalam suasana cukup meriah.
Pengarah sedang menyusun satu babak dalam pementasan
Ajak : Itu jangan kau ambil Durr, si Jeje' sudah booking tu...
Jeje' : Cari pasal anak ni tau, mau kena pesil kali...
Seni melat tepo yang semakin hilang. Kelihatan Nyam-nyam, Tom dan Kipp berhati-hati menyusunnya agar kelihatan seni tampaknya. Rico pula memerhatikan dengan khusyuk supaya tiada litar-pintas yang akan berlaku
Hmmm.... semua licin malam tu
::KPP::

Sunday, May 24, 2009

Lawatan Julung Perdana Menteri Ke Sabah




YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak telah mengadakan lawatan rasmi ke Sabah pada 4-5 Mei 2009.

Ini merupakan lawatan pertama kali beliau ke Sabah semenjak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pada 3 April 2009.

YAB Perdana Menteri tiba dengan jet Kerajaan Malaysia pada 4 Mei 2009 yang mendarat jam 5:50pm di Terminal II Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.



Untuk acara sambutan Pemuda Umno Papar telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Naib Ketua kami iaitu Sdr Roslie Hj Ibrahim.

Keesokan harinya, dalam satu majlis Perhimpunan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Padang Merdeka Kota Kinabalu, rombongan kami juga hadir diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda Sdr Mohd Rosli Ibrahim.

PSU sedang menunjukkan cara menepuk tangan tren baru

Pemuda Papar berlindung di bawah naungan speaker

Barisan kepimpinan Pemuda Umno Negeri yang hadir

Dalam pada itu, kami juga merasa bangga kerana Ketua Pemuda Umno Cawangan Istana Kinarut Sdr Affendy Imansyah dipilih menjadi AJK Pelaksana Sambutan untuk majlis sebesar ini dan penyertaan beliau ini sudah tentu melakar imej konstruktif kepada Pemuda Umno Papar khasnya.
KP Cawangan Istana Kinarut sedang bertugas di kiosk DBKK
::KPP::

Saturday, May 23, 2009

Majlis Aqiqah & Bercukur Jambul


Anak : Abah, Abah steady ja ya, jangan takut, ndada apa-apa juga ni
Abah : Ya la tu....



Jelajah Ziarah Ehsan Pemuda Hari Pertama tanggal 3 Mei 2009 dimukimkan dengan menghadiri Majlis Aqiqah dan Bercukur Jambul di rumah Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim, di Lok Serangan Kg Pengalat Kecil.
:
Jambul siapa yang dicukur? Yup! Anak ketiga dan lelaki pertama NKP yang kami beri gelaran Putera Serangan I, ketika nama rasminya belum diputuskan oleh kedua ibu bapanya.
Bukan, KP kami tidak bercukur jambul pada hari itu
:
Anak yang lahir pada 15 Apr 2009 itu dimashyurkan sebagai Mohammed Wafee Aqhram berayahkan Roslie dan beribukan Mastini Zulkifli.
:
Selain daripada kalangan AJK dan mantan AJK Pemuda Bahagian, Ahli-ahli Pemuda Cawangan di sekitar Kg Pengalat Kecil dan Kg Pengalat Besar dan para penduduk kampung, majlis 2-dalam-1 itu juga dihadiri oleh Ketua Kampung Pengalat Kecil, Pegawai Pelajaran Daerah Papar En Abidin Marjan dan Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort En Salleh Idris.
:
Marhaban Ya Wafee! Mudah-mudahan engkau juga akan menjadi perjuang bangsa mengikut jejak ayah dan Allahyarham datukmu.
:
di bawah pokok itu telah menyaksikan banyak persidangan
:
::KPP::

Program Ziarah Ehsan Hari Pertama

Di Laman Rumah Keluarga En Jubilee Anjuman



Di Laman Rumah Keluarga En Mijoss Roman

Maka pada 3 Mei 2009, terzahirlah apa yang kami hasratkan. Jelajah julung Ziarah Ehsan Hari Pertama kami dilakukan di Kg Balailait Dambai.

Diketuai oleh Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali, rombongan yang dipandu oleh AJK Sdr Boniface Huang dan Pengerusi JKKK Kg Balailait En Andrew Balandung, memulakan ziarah ke rumah keluarga En Jubilee Anjuman.






Ziarah disusulkan dengan lawatan ke rumah keluarga En Mijoss Roman di kampung yang sama.




Pengerusi Biro Kebajikan kami Sdr Jimmy @Rohzimi Kassim juga telah mengundang dua petugas dari pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar untuk turut serta dalam jelajah ziarah kali ini.


Maka kehadiran Cik Vanessa dan Cik Ida memudahkan lagi urusan dokumentasi berkait Program Cari di bawah seliaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar. Mudah-mudahan ziarah sebegini sedikit sebanyak akan menyumbang kepada mempercepatkan kolasi data untuk maklumat dapat diperpanjangkan ke jabatan/agensi yang berkenaan.

Boniface menyerahkan satu set kipas angin sumbangan Pemuda Umno Papar kepada keluarga En Jubilee Anjuman


::KPP::

Friday, May 22, 2009

Majlis Perkahwinan Di Kg Kawang

Pengantin Perempuan diapit oleh kedua ibu-bapanya yang telah berjaya menjalankan amanah mereka mencorakkan kain putih, bergambar bersama-sama pasukan Pemuda yang hadir pada malam tersebut

Pada 1 Mei 2009, selepas majlis tahlil di Cawangan Sri Sayang, pasukan Pemuda terus bergerak secara konvoi ke rumah salah seorang Pembantu Khas YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar iaitu En Mursin Hj Lani di Kg Kawang.

Ziarah itu adalah untuk meraikan majlis perkahwinan anak En Mursin dan Puan Hadiah Bt Abd Lapeh iaitu Cik (kini Puan) Melisa Bt Mursin yang majlis kenduri sebenar berlangsung pada 3 Mei 2009.

Memandangkan banyaknya undangan pada hujung minggu tersebut maka pasukan Pemuda mengambil masa terluang untuk pergi dua hari lebih awal ke majlis Melisa apatah lagi beliau adalah anak pertama dalam keluarga beliau yang naik ke jinjang pelamin.

Melisa menyampaikan cendera kenangan kepada bekas gurunya di SMK Kinarut iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Papar
::KPP::

Majlis Tahlil di Cawangan Sri Sayang Pengalat Besar


Pada 1 Mei 2009, Pergerakan Pemuda Umno Papar mengadakan majlis tahlil di rumah keluarga Ketua Pemuda Umno Cawangan Sri Sayang Sdr Shamrin Sawal, di Lok Santing, Kg Pengalat Besar.




Ibu kepada Shamrin iaitu Allahyarham Asmah Bte Bidin telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi diabetes dan dikebumikan pada 24 April 2009.
::
Selain Ketua, Naib Ketua, Penolong Setiausaha serta beberapa AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar, turut hadir dalam majlis itu ialah Tuan Hj Jailani Riasin dan penduduk sekitar. Sdr Rohan Ahmat diberikan penghormatan untuk memimpin bacaan tahlil dan doa.
::
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ketabahan diberikan kepada keluarga Shamrin untuk meneruskan kehidupan sepeninggalan ibu tersayang. Amin.

Sdr Rohan sedang memimpin bacaan tahlil





Sdr Malim Taif yang diamanahkan mengurus persediaan majlis sedang sibuk menjalankan tugas

Klik gambar ini untuk melihat apa yang sedang dipertontonkan Sdr Hassan kpd Sdr Abun @Aiddie sambil diperhatikan oleh Pengerusi Tetap Sdr Bahrudin





::KPP::

Wednesday, May 20, 2009

Penagihan Dadah Sintetik Ancaman Baru Yang Membimbangkan


PAPAR, 17 Mei 2009: Pergerakan Pemuda UMNO Papar mencadangkan agar semua pihak bangkit untuk memerangi gejala penyalahgunaan dadah khususnya dadah jenis sintetik. Ini adalah kerana tanpa disedari oleh umum penagihan dadah jenis sintetik atau yang disifatkan sebagai dadah rekreasi seperti syabu, ecstasy dan ketamin kini berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan.
::
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar, Armizan Mohd Ali, berkata satu gerakan masyarakat sivil perlu dihidupkan secara agresif dalam memerangi gelaja penagihan dadah dengan menjadikan dadah jenis sintetik sebagai fokus. Gerakan besar-besaran sebagaimana ketika kerajaan mula mengisytiharkan dadah sebagai ancaman keselamatan Negara pada tahun 1983 perlu dihidupkan semula.
::
“Strategi dan pendekatan yang bersesuaian perlu dirangka dengan tujuan untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat tentang bahaya penagihan dadah sintetik.
::
“Memandangkan dadah jenis ini sering dikaitkan dengan hiburan, masyarakat mungkin tidak mengetahui bahawa kesan penyalahgunaan dadah sintetik kepada seseorang penagih adalah jauh lebih buruk” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Program Pencegahan Jenayah di Dewan Serbaguna Kg. Kawang, Papar baru-baru ini.
::
Program tersebut adalah anjuran bersama Pergerakan Pemuda UMNO Papar dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Hj. Gulamhaidar Khan Bahadar yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bhg. Papar dan ADUN Kawang.
::
Turut hadir Ketua Poli Daerah Papar, DSP Nek Zaidi Zakaria, Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, Naib Ketua UMNO Bhg. Papar, Juil Nuatim dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhg. Papar, Roslie Ibrahim.
::
Armizan berkata, berbeza dengan penagihan dadah tradisional, sehingga kini belum ada kaedah rawatan yang ditemui untuk penagihan dadah sintetik khususnya apabila penagihan berada pada tahap yang sudah lama.
::
“Semua pihak perlu bergabung tenaga untuk membantu agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk bangkit memerangi gejala ini yang banyak menyumbang kepada pelakuan kes-kes jenayah lain sekali gus menjadi satu ancaman besar kepada keselamatan negara,’tambahnya.
::

Nota : Futej penuh foto aktiviti di atas akan disiarkan tidak lama lagi


::KPP::




Pelantikan Jawatankuasa Badan Perhubungan Pergerakan Pemuda Umno Sabah



YB Ketua Pemuda Umno Malaysia Sdr Khairy Jamaluddin tiba di Sabah semalam, 19 Mei 2009, bagi mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Perhubungan Pemuda Umno Sabah. Berikut adalah senarai Jawatankuasa tersebut:

Ketua : Sdr Azman Hj Ruslan (KP Keningau)
Naib Ketua : Sdr Ag Kadin Tang (KP Sandakan)
Pen. Setiausaha : Sdr Shahelmy Yahya (KP Putatan)
Pen. Bendahari : Sdr Yamani Hafez Datuk Seri Musa (KP Sipitang)
Ketua Penerangan : Sdr Baharul Sawi (KP Kota Belud)

Setiap Ketua-ketua Pemuda Bahagian menjadi AJK Badan Perhubungan itu secara automatik. Berikut adalah senarai Ketua-ketua Pemuda berkenaan:
# Sdr Mohd Gasing Saling (KP Kalabakan)
# Sdr Jamawi Jaafar (KP Tenom)
# Sdr Sharif Sahar Sharif Ading (KP Kudat)
# Sdr Jameso Jamalin (KP Kota Marudu)
# Sdr Abd Kassim Hj Jali @ Razali (KP Tuaran)
# Sdr Mohd Joh Hj Wid (KP Sepanggar)
# Sdr Bahrul Razha Hj Chuprat (KP Kota Kinabalu)
# Sdr Mohd Haffiz Sua Abdullah (KP Penampang
# Sdr Armizan Mohd Ali (KP Papar)
# Sdr Mohamad Alamin (KP Kimanis)
# Sdr Mohd Ishak Ibrahim (KP Beaufort)
# Sdr Faez Aeinstein Datuk Nordin (KP Ranau)
# Sdr Mohd Shafiq @ Joseph P Tinggi (KP Pensiangan)
# Sdr Salim Saliun (KP Beluran)
# Sdr Suhaimi Nasir (KP Libaran)
# Sdr Khairul Firdaus Datuk Akhbar Khan (KP Batu Sapi)
# Sdr Matmin Etin (KP Kinabatangan)
# Sdr Sdr Halim Sidik Gulam Hassan (KP Silam)
# Sdr Mohd Aziz Jamman (KP Semporna)
# Sdr Ariffin Kassim (KP Tawau)
::
Tahniah diucapkan kepada semua mereka dan pada mereka kami letakkan harapan agar Pemuda Umno Sabah terus kukuh dan padu, bersandarkan lima teras yang digariskan oleh Sdr Azman Hj Ruslan iaitu 'Berprinsip', 'Relevan', 'Proaktif', 'Inklusif' dan 'Bersatu'.

::KPP::