Tuesday, June 23, 2009

Santai Pemuda Sungai Padang



Pergerakan Pemuda Umno Papar meneruskan lagi siri berkemayuh ke akar umbi menemui ahli-ahli Pemuda melalui Santai ke-4 yang kali ini diadakan di Kg Sungai Padang.
::
Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Sdr Sahrum Datuk Abu Ali telah sudi menjadikan rumah beliau sebagai venue Santai kali ini yang diadakan pada 14 Jun 2009.


Tuan Rumah sedang menyampaikan pantun-pantun aluan beliau dengan khusyuk penuh bergaya

Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali dan Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim turut sama-sama hadir dengan diiringi oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian yang sentiasa komited untuk memegang panji-panji janji semasa menawarkan diri dahulu bahawa mereka akan terus siap-siaga berada di kalangan akar-umbi, selagi urat mendaya kudrat.
::
Maka peluang itu digunakan oleh kami sebaik-baiknya untuk membuka komunikasi dua-hala dengan rakan-rakan ahli Pemuda di sekitar Kg Sg Padang.

YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon

Kami juga sangat bangga apabila seorang tokoh pejuang yakni antara pelopor parti Umno di Papar ini iaitu YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon (ayah kepada Sdr Sahrum) berbesar hati untuk bersantai dengan kami pada malam tersebut.
::
Datuk Hj Abu Ali juga adalah pejuang semasa era Usno dan menjadi aktivis Umno sebaik saja parti ini mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991. Kendatipun low profile Datuk Hj Abu Ali banyak memainkan peranan di belakang tabir untuk Umno Sabah dan dengan jawatan terakhir yang beliau pegang ialah Bendahari Umno Bahagian Papar.
::
Kini walaupun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan, beliau tidak menyepi diri malah sentiasa menyumbang kepada parti Umno terutama jika musim Pilihan Raya di mana beliau selalu melakukan kerja-kerja sukarela untuk Barisan Nasional walau tanpa sebarang jawatan.
::
Semangat kesukarelawan inilah yang kami sangat-sangat kagumi dan cuba teladani dalam usaha Pemuda menjadi Rakan Pembela Rakyat.
::
Selain daripada Sahrum, lain-lain anak Datuk Hj Abu Ali yang aktif di dalam Umno ialah Tuan Hj Mahsum (mantan Ketua Pemuda Umno Papar yang pertama) dan Sdr Asri (mantan AJK Pemuda).


KP sedang menyampaikan mesej mengenai perkembangan semasa politik negara


NKP kami yang terkenal tidak banyak bercakap juga kini selalu bercakap atas permintaan KP kami

En Rahman Ahmad (tengah) mantan AJK Pemuda Umno Papar pada era 90-an kini AJK Bahagian, dan En Asri Datuk Hj Abu Ali (kanan)


Baki set Puding Sg Padang yang kedudukannya pada minit-minit terakhir acara Santai. Diberitakan beberapa orang yang bercadang me'napau' pulang telah menggigit jari kerana tiada satu pun yang tinggal ketika hendak beredar. Puding Jagung dan Puding Durian ini telah dikategorikan sebagai menu pencuci mulut paling top malam itu. Nyaman hingga kebangkalanan sinduk...


PSU kami (kanan) memang terkenal sebagai seorang yang 'jaga makan'. Tetapi menu hidangan malam itu menjadikan beliau meninggalkan amalan diet terkawal seketika...


Kalangan AJK Pemuda yang cuba mengawal KP kami untuk menghadkan kadar pengambilan dalam pinggannya. Apakan daya, barisan AJK sendiri 'tumpas' dalam misi mereka kerana mereka juga 'mauk' oleh menu daging kambing yang sangat menyelerakan


Jamuan di Papar tidak lengkap tanpa sambal belacannya


Barisan AJK Pemuda yang segan duduk di depan pasal lambat datang... Yang penting tatap datang turun padang











::KPP::


No comments:

Post a Comment