Tuesday, June 23, 2009

"Rakan Pembela Rakyat" Diangkat Menjadi Slogan Pemuda Umno Negeri Sabah


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah Sdr Azman Hj Ruslan (foto) telah mengumumkan bahawa slogan yang digunakan oleh Pergerakan Pemuda Umno Papar iaitu "Rakan Pembela Rakyat" diangkat sebagai semboyan sekata ke semua 25 Pergerakan Pemuda Umno Bahagian di Sabah.
::
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penutup "Bengkel Pemuda Umno Sabah" pada 21 Jun 2009. Bengkel tiga hari yang diadakan di Borneo Paradise Resort, Kinarut itu disertai oleh kesemua 25 orang Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian di Negeri Sabah.
::
Bengkel itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah YBhg Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timb Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan Umno Bahagian Papar En Amri Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda Umno Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim dan Ketua Puteri Papar Cik Suriati Adam.
::
Sesungguhnya pengadapatasian slogan ini adalah satu lagi batu-tanda kepada Pemuda Umno Papar kerana usaha-usaha yang kami zahirkan sejak Oktober 2008 mendapat pengiktirafan daripada Ketua Pemuda Umno Negeri.
::
Program-program yang kami telah dan akan laksanakan bersifat merangkum (inklusif) sebagaimana yang diaspirasikan oleh Sdr Azman Hj Ruslan melalui lima teras yang telah beliau anjurkan.
::
Semoga dengan semboyan semangat ini yang menekankan kepada konsep 'turun padang' secara konsisten tanpa bermusim akan terus menjadikan Sabah sebagai 'simpanan-tetap (fixed-deposit)' lestari bagi Umno khasnya dan Barisan Nasional amnya.

::KPP::

No comments:

Post a Comment