Saturday, June 6, 2009

Pengumuman Pelantikan


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar Sdr Armizan Mohd Ali telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Sekretariat Penerangan & Komunikasi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada 27 Mei 2009 oleh Pengerusi Sekretariat berkenaan iaitu Datuk Reezal Marican Naina Marican.

Armizan atau panggilan mesra beliau Amir yang juga Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri juga dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Perhubungan NGO Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah baru-baru ini.

Semoga pelantikan beliau akan menaikkan lagi imej Pemuda Umno Papar khasnya dan Pemuda Umno Sabah amnya dan kami menaruh harapan yang tinggi agar beliau dapat menggalas tanggungjawab ini sebagaimana yang diamanahkan.

::KPP::

1 comment:

  1. Tahniah saya ucapkan kepada sdr Amir dengan pelantikan ini.Semoga terus sukses....

    ReplyDelete