Tuesday, June 9, 2009

Malam Perpaduan KRT Kg Benoni



Pada 23 Mei 2009, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Benoni telah mengadakan Majlis Malam Perpaduan di Dewan Serbaguna Kg Benoni.
::
Majlis ini diadakan sempena pembentukan Jawatankuasa Baru KRT Kg Benoni, mengenang jasa barisan Jawatankuasa lama, penyampaian hadiah sukan Badminton dan Dart serta kemuncak pertandingan nyanyian untuk kategori terbuka dan veteran.
::
Majlis malam itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim sebagai mewakili Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar.

Dalam ucapannya Roslie antara lain berkata bahawa KRT adalah antara badan yang berperanan menjadi pemangkin perpaduan di kalangan rakyat dan oleh itu KRT yang aktif adalah KRT yang efektif ke arah maksud tersebut.
::
Beliau juga mengimbau sejarah perpaduan negara sejak sebelum era kemerdekaan yang antara pelopornya ialah Parti Perikatan yang menggabungkan parti-parti politik seperti Umno, MCA dan MIC.
::
Roslie menekankan betapa perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara Malaysia selama ini menikmati politik yang stabil dan seterusnya ekonomi yang makmur.
::
Sementara itu, Pemuda Umno Papar mencatatkan satu lagi batu-tanda apabila Penolong Setiausaha Pemuda kami Sdr Mohd Rosli Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi baru KRT Kg Benoni untuk kali ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Sdr Mohd Rosli atau panggilan mesranya Tam, mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan barisan AJK KRT yang baru.
::
Tam juga merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan KRT yang lama yang telah menyediakan asas yang baik bagi barisan baru meneruskan khidmat ke arah memperkukuhkan lagi perpaduan penduduk di kampung berkenaan.
Barisan AJK Pemuda Umno Bahagian yang hadir, dari kiri : Latip@ Rico, Nasip@ Jeroy, Rohan dan Malim
MC Tatap & Berpencen, A Bahrudin@ Sabudin
Orang kuat Pemuda Benoni dan KRT Benoni, Faizal Tahir (tiada bakat menyanyi, tapi ada bakat dalam kepimpinan)
Dari kiri; Sahrum Datuk Abu Ali (Bendahari Pemuda Umno Papar) dan Hadi Hj Abd Kassim (Setiausaha Sulit Kepada Timb. Menteri Kesihatan)
Barisan Pemuda Umno dari cawangan-cawangan sekitar Kg Benoni yang menjadi tenaga penggerak KRT Kg Benoni
Malim : Din, apa buku terbaru yang kau baca?
Nordin : Burung Kakak Tua, kandungannya lebih hebat daripada buku Blue Ocean Strategy
Malim : Din, kau ni semua kau sapu, Pengerusi Tetap, Pengacara Tetap, Pencen Tetap...
Sabudin : Tatap! Takkan Sabudin Hilang Di Majlis...







::KPP::

No comments:

Post a Comment