Tuesday, June 23, 2009

Santai Pemuda Sungai Padang



Pergerakan Pemuda Umno Papar meneruskan lagi siri berkemayuh ke akar umbi menemui ahli-ahli Pemuda melalui Santai ke-4 yang kali ini diadakan di Kg Sungai Padang.
::
Penolong Bendahari Pemuda Bahagian Sdr Sahrum Datuk Abu Ali telah sudi menjadikan rumah beliau sebagai venue Santai kali ini yang diadakan pada 14 Jun 2009.


Tuan Rumah sedang menyampaikan pantun-pantun aluan beliau dengan khusyuk penuh bergaya

Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali dan Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim turut sama-sama hadir dengan diiringi oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian yang sentiasa komited untuk memegang panji-panji janji semasa menawarkan diri dahulu bahawa mereka akan terus siap-siaga berada di kalangan akar-umbi, selagi urat mendaya kudrat.
::
Maka peluang itu digunakan oleh kami sebaik-baiknya untuk membuka komunikasi dua-hala dengan rakan-rakan ahli Pemuda di sekitar Kg Sg Padang.

YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon

Kami juga sangat bangga apabila seorang tokoh pejuang yakni antara pelopor parti Umno di Papar ini iaitu YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon (ayah kepada Sdr Sahrum) berbesar hati untuk bersantai dengan kami pada malam tersebut.
::
Datuk Hj Abu Ali juga adalah pejuang semasa era Usno dan menjadi aktivis Umno sebaik saja parti ini mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1991. Kendatipun low profile Datuk Hj Abu Ali banyak memainkan peranan di belakang tabir untuk Umno Sabah dan dengan jawatan terakhir yang beliau pegang ialah Bendahari Umno Bahagian Papar.
::
Kini walaupun beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan, beliau tidak menyepi diri malah sentiasa menyumbang kepada parti Umno terutama jika musim Pilihan Raya di mana beliau selalu melakukan kerja-kerja sukarela untuk Barisan Nasional walau tanpa sebarang jawatan.
::
Semangat kesukarelawan inilah yang kami sangat-sangat kagumi dan cuba teladani dalam usaha Pemuda menjadi Rakan Pembela Rakyat.
::
Selain daripada Sahrum, lain-lain anak Datuk Hj Abu Ali yang aktif di dalam Umno ialah Tuan Hj Mahsum (mantan Ketua Pemuda Umno Papar yang pertama) dan Sdr Asri (mantan AJK Pemuda).


KP sedang menyampaikan mesej mengenai perkembangan semasa politik negara


NKP kami yang terkenal tidak banyak bercakap juga kini selalu bercakap atas permintaan KP kami

En Rahman Ahmad (tengah) mantan AJK Pemuda Umno Papar pada era 90-an kini AJK Bahagian, dan En Asri Datuk Hj Abu Ali (kanan)


Baki set Puding Sg Padang yang kedudukannya pada minit-minit terakhir acara Santai. Diberitakan beberapa orang yang bercadang me'napau' pulang telah menggigit jari kerana tiada satu pun yang tinggal ketika hendak beredar. Puding Jagung dan Puding Durian ini telah dikategorikan sebagai menu pencuci mulut paling top malam itu. Nyaman hingga kebangkalanan sinduk...


PSU kami (kanan) memang terkenal sebagai seorang yang 'jaga makan'. Tetapi menu hidangan malam itu menjadikan beliau meninggalkan amalan diet terkawal seketika...


Kalangan AJK Pemuda yang cuba mengawal KP kami untuk menghadkan kadar pengambilan dalam pinggannya. Apakan daya, barisan AJK sendiri 'tumpas' dalam misi mereka kerana mereka juga 'mauk' oleh menu daging kambing yang sangat menyelerakan


Jamuan di Papar tidak lengkap tanpa sambal belacannya


Barisan AJK Pemuda yang segan duduk di depan pasal lambat datang... Yang penting tatap datang turun padang











::KPP::


"Rakan Pembela Rakyat" Diangkat Menjadi Slogan Pemuda Umno Negeri Sabah


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah Sdr Azman Hj Ruslan (foto) telah mengumumkan bahawa slogan yang digunakan oleh Pergerakan Pemuda Umno Papar iaitu "Rakan Pembela Rakyat" diangkat sebagai semboyan sekata ke semua 25 Pergerakan Pemuda Umno Bahagian di Sabah.
::
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Penutup "Bengkel Pemuda Umno Sabah" pada 21 Jun 2009. Bengkel tiga hari yang diadakan di Borneo Paradise Resort, Kinarut itu disertai oleh kesemua 25 orang Ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian di Negeri Sabah.
::
Bengkel itu dirasmikan penutupannya oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah YBhg Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timb Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan Umno Bahagian Papar En Amri Abu Bakar, Naib Ketua Pemuda Umno Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim dan Ketua Puteri Papar Cik Suriati Adam.
::
Sesungguhnya pengadapatasian slogan ini adalah satu lagi batu-tanda kepada Pemuda Umno Papar kerana usaha-usaha yang kami zahirkan sejak Oktober 2008 mendapat pengiktirafan daripada Ketua Pemuda Umno Negeri.
::
Program-program yang kami telah dan akan laksanakan bersifat merangkum (inklusif) sebagaimana yang diaspirasikan oleh Sdr Azman Hj Ruslan melalui lima teras yang telah beliau anjurkan.
::
Semoga dengan semboyan semangat ini yang menekankan kepada konsep 'turun padang' secara konsisten tanpa bermusim akan terus menjadikan Sabah sebagai 'simpanan-tetap (fixed-deposit)' lestari bagi Umno khasnya dan Barisan Nasional amnya.

::KPP::

Tuesday, June 9, 2009

Lawatan ke Bengkel Motor Pemuda Benoni


Sebaik selesai Mesyuarat Khas JK Ke-IV pada 31 Mei 2009, JK Pemuda Umno Papar meneruskan agenda khidmat kepada masyarakat dengan membuat lawatan ke Bengkel Motor Pemuda Benoni di Kg Benoni, Papar.

Bengkel ini adalah diusahakan oleh sekumpulan anak-anak muda Kg Benoni yang diketuai oleh Sdr Muhiddin Ag Damit. Dengan wujudnya bengkel ini ia antara lain menjadi sumber pendapatan kepada mereka dan dapat menggunakan dan mendalamkan kemahiran mereka dalam bidang permotoran.

Sesungguhnya bengkel ini juga menjadi pletfom ekspresi anak-anak muda ini ke arah yang sihat, progresif dan efektif di mana mereka dapat memaparkan minat mereka kepada seni dan mekanikal permotoran dengan meraih benafaat ekonomi sekaligus.



Menghargai akan potensi tenaga yang dipancarkan secara proaktif oleh mereka ini, maka kepimpinan Pemuda Umno Papar memberikan sokongan secara moral dan material. Maka sebagai permulaan kami telah menyumbangkan satu set jentera kompresor kepada bengkel ini yang penyampaian rasminya dibuat pada 31 Mei 2009.

Semoga usahasama anak-anak muda ini akan dapat dikembangkan dan melakar banyak kejayaan untuk dijadikan teladan oleh anak-anak muda di sekitar Parlimen Papar ini khasnya.


KP: Kompresor ni boleh gunakan untuk cipta motorsikal terbangkah?
NKP : Boleh tu, pasal kompresor ni kasi keluar angin...
Muhiddin : Errr...


Dua ahli Pemuda Umno Papar 'kembar' yg berasal dari dua kampung yang bebeza iaitu Abun@ Aiddie (Pglt Besar) dan Toy@ Hasbullah (Benoni) juga dapat dipertemukan pada hari bersejarah itu.


Mat Rempit? Bukan.... ini adalah kumpulan Mat Motor yang proaktif, positif dan progresif.


Muhiddin : Harap-harap permohonan lesen kami ani tiada masalah
KP : Ajukan saja dan ikut prosedur, kita akan usahakan supaya YB-YB kitani bari sukungan





Acara wajib sesuatu event.... kita minum dulu! Kami sempat lepak di gerai minum yang terletak bersebelahan dengan bengkel motor berkenaan. Nampaknya bengkel dan gerai ini telah mencipta sinergi ekonomi di kawasan berdekatan. Difahamkan kewujudan dua outlet perniagaan ini menjadikan sungai kecil berdekatan menjadi pusat lepak menjala ikan talapia di kalangan penduduk kampung. Satu lagi aktiviti ekonomi tercipta...
::KPP::

Mesyuarat AJK Ke-IV


Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Ke-IV pada Ahad 31 Mei 2009 di kediaman Ustazah Hjh Richemjan KB, Lok Santing Kg Pengalat Besar.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali itu dihadiri oleh hampir kesemua AJK termasuk Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim.


Mesyuarat antara lain membincangkan beberapa program besar yang akan berlangsung sepanjang Jun dan Julai 2009 ini.


Ini termasuklah "Kursus Motivasi & Kepimpinan Pelajar Islam Parlimen Papar" yang akan diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan pada 16 Jun 2009.


Pada pertengahan bulan Julai 2009 pula akan dijadualkan "Pertandingan Sukan Futsal 24-jam Tertutup Parlimen Papar" yang akan terbuka kepada seluruh warga Parlimen Papar tanpa mengira had umur. Maklumat lanjut program ini akan diwar-warkan secara berperingkat.










::KPP::

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Papar vs Umno Sipitang



Pada 28 Mei 2009, pasukan bola sepak Umno Sipitang yang memang terkenal aktif 'turun padang', samada untuk menyertai pertandingan maupun membuat lawatan persahabatan, telah bersinggah ke Papar.
Pasukan Pelawat
Kedatangan mereka dilayani oleh pasukan bola sepak Papar yang dibarisi oleh pemain-pemain regular daripada beberapa pasukan utama di Daerah ini.
::
Pasukan Umno Sipitang diketuai oleh Manager-cum-Player numero uno mereka iaitu YB Datuk Hj Sapawi Ahmad, Ketua Umno Bahagian Sipitang merangkap Ahli Parlimen Sipitang. Datuk Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah ini memang dikenali sebagai figura yang sporting dan mesra.
Pasukan Tuan Rumah
Sementara itu, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar yang diketuai oleh numero uno kami iaitu Sdr Armizan Mohd Ali telah hadir sebagai hos, penyambut tetamu dan penonton (tak terkecuali juga sebagai barisan pemain simpanan beku).
::
Kehadiran kami Pemuda Umno adalah sebagai menghargai kesudian Team Umno Sipitang mengunjungi Daerah Papar bagi merapatkan hubungan silaturrahim kesemua yang terlibat.
Dari Kiri : Armizan, Iman dan Tamin
Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan yang berakhir dengan keputusan 2-2 itu ialah En Iman Ali (Pegawai Daerah Papar), En Tamin Zainal (Pegawai Khas Parlimen kepada YB Timb Menteri Kesihatan) dan Sdr Roslie Hj Ibrahim (Naib Ketua Pemuda Umno Papar).
Barisan pemain simpanan sampai beku....
::KPP::

Malam Perpaduan KRT Kg Benoni



Pada 23 Mei 2009, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Benoni telah mengadakan Majlis Malam Perpaduan di Dewan Serbaguna Kg Benoni.
::
Majlis ini diadakan sempena pembentukan Jawatankuasa Baru KRT Kg Benoni, mengenang jasa barisan Jawatankuasa lama, penyampaian hadiah sukan Badminton dan Dart serta kemuncak pertandingan nyanyian untuk kategori terbuka dan veteran.
::
Majlis malam itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim sebagai mewakili Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar.

Dalam ucapannya Roslie antara lain berkata bahawa KRT adalah antara badan yang berperanan menjadi pemangkin perpaduan di kalangan rakyat dan oleh itu KRT yang aktif adalah KRT yang efektif ke arah maksud tersebut.
::
Beliau juga mengimbau sejarah perpaduan negara sejak sebelum era kemerdekaan yang antara pelopornya ialah Parti Perikatan yang menggabungkan parti-parti politik seperti Umno, MCA dan MIC.
::
Roslie menekankan betapa perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara Malaysia selama ini menikmati politik yang stabil dan seterusnya ekonomi yang makmur.
::
Sementara itu, Pemuda Umno Papar mencatatkan satu lagi batu-tanda apabila Penolong Setiausaha Pemuda kami Sdr Mohd Rosli Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi baru KRT Kg Benoni untuk kali ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Sdr Mohd Rosli atau panggilan mesranya Tam, mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan barisan AJK KRT yang baru.
::
Tam juga merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan KRT yang lama yang telah menyediakan asas yang baik bagi barisan baru meneruskan khidmat ke arah memperkukuhkan lagi perpaduan penduduk di kampung berkenaan.
Barisan AJK Pemuda Umno Bahagian yang hadir, dari kiri : Latip@ Rico, Nasip@ Jeroy, Rohan dan Malim
MC Tatap & Berpencen, A Bahrudin@ Sabudin
Orang kuat Pemuda Benoni dan KRT Benoni, Faizal Tahir (tiada bakat menyanyi, tapi ada bakat dalam kepimpinan)
Dari kiri; Sahrum Datuk Abu Ali (Bendahari Pemuda Umno Papar) dan Hadi Hj Abd Kassim (Setiausaha Sulit Kepada Timb. Menteri Kesihatan)
Barisan Pemuda Umno dari cawangan-cawangan sekitar Kg Benoni yang menjadi tenaga penggerak KRT Kg Benoni
Malim : Din, apa buku terbaru yang kau baca?
Nordin : Burung Kakak Tua, kandungannya lebih hebat daripada buku Blue Ocean Strategy
Malim : Din, kau ni semua kau sapu, Pengerusi Tetap, Pengacara Tetap, Pencen Tetap...
Sabudin : Tatap! Takkan Sabudin Hilang Di Majlis...







::KPP::