Thursday, July 30, 2009

Reezal Merican : Keazaman Membela Rakyat

Berikut adalah petikan rencana bertajuk "Keazaman Membela Rakyat" yang ditulis oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 30 Julai 2009:

......sebuah kerajaan yang baik, mestilah mampu menterjemah "idealisme" kepada
pelaksanaan. Bukannya sekadar berada dalam dunia utopian yang tidak kesampaian. Ataupun sekadar menjadi kerajaan yang "lemah, reaktif dan mendodoi rakyat dengan omongan politik". Ataupun kerajaan yang sekadar bijaksana dalam memberi 'cakap angin' kepada kehendak perubahan.

::
Untuk sebuah kepimpinan yang secara relatifnya baru, berani hadir dan tampil dengan perincian prestasi seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri setidak-tidaknya mendapat perhatian orang muda.

::
Mereka, yang sudah sekian lama terbiasa dengan perincian prestasi di tempat
mereka bekerja, berasa senang hati dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu. "Kali ini, kami boleh buat perbandingan. Yang mana sekadar bercakap
tetapi tidak jujur dengan usaha 'pembaikan' akan terkena pada pilihan raya akan
datang," ujar seorang teman penulis, seorang eksekutif kanan di sebuah firma
antarabangsa.

::
Francis Fukuyama dalam bukunya, State Building, Governance and the World Order in 21st Century, menyebut tentang keperluan state strengthening. Kerajaan mesti diperkuatkan dengan pembaikan kapasiti pentadbiran, ketelusan dan kecekapan pengurusan sektor awam.

::
Dengan mempunyai NKRA yang jelas, tidak ada alasan sebenarnya untuk wujudnya kecacatan 'pelaksanaan' buat kali ini. Kali ini, sektor awam mestilah juga bersedia menjadi "rakan pelaksana" kepada hasrat kerajaan. Setidak-tidaknya, pada pandangan penulis, usaha kerajaan kali ini akan menampilkan gelombang penerimaan positif rakyat.

::
Sebagai rakyat dan juga pengundi, majoriti mereka hanya mahukan sebuah kerajaan yang mampu dan wibawa. Kerajaan yang berani melakukan perubahan dan bertindak demi kepentingan rakyat.

::
Kerajaan yang boleh memberi 'tawaran baru' kepada mereka.

Untuk bacaan lanjut, sila ikuti rencana berkenaan di pautan ini.

1 comment: