Monday, August 3, 2009

Futsal 24-Jam: Tahniah Kepada Semua!

Yup! Alhamdulilah, ianya dapat dijayakan tanpa sebarang insiden tak diingini kecuali kecederaan beberapa pemain.
::
Kami Pergerakan Pemuda Umno Papar sebagai penganjur tidak mahu mengambil ringan kecederaan berkenaan dan sebab itu kami memberikan autoriti kepada pihak Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM) yang berada di venue untuk membawa para pemain berkenaan ke hospital dengan ambulan yang mereka sediakan.
::
Tahniah kepada kesemua 114 pasukan yang mengambil bahagian samada yang menang ataupun yang kalah. Ini kerana secara keseluruhan kita semua telah menang dalam menjayakan program ini.
::
Bagi kami Pemuda Papar, catatan awal mendaftarkan 747 ahli Umno yang baru terutama dari golongan muda adalah satu kejayaan yang sangat manis. Mudah-mudahan final tally yang sedang dicerap akan menunjukan angka yang lebih besar dalam tempoh 2 hari berkenaan.
::
Terima kasih juga kami rakamkan kepada para penyumbang hadiah sampingan dan hamper, Pejabat Daerah Papar, Majlis Daerah Papar, RELA, JPAM, Panel Pengadil SAFA, Pengakap Papar, SPR, Klinik Kesihatan Team Dr Peter Celestine, AJK Urusetia Kecil, para pengunjung dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Pemuda Papar kali ini.
::
Jika pelan di atas kertas ialah 24-Jam untuk masa permainan, maka pelan itu sendiri juga dipecahkan kerana masa keseluruhan permainan yang dimulakan dalam jam 2:45 petang 1 Ogos (selepas majlis perasmian), hanya berakhir dengan pengadil meniup wisel penamat untuk perlawanan akhir jam 7:00 malam 2 Ogos, yakni 28 jam dan 15 minit!
::
Antara lain sebab yang menjadikan ianya terlajak adalah kerana jumlah pasukan yang mengambil bahagian adalah lebih dari sasaran awal 100 pasukan.
::
Siapakah Juara-juara Futsal 24-Jam Anjuran Pemuda Papar 2009? Sama-samalah kita nantikan Futej Bergambar yang akan disiarkan di blog ini tidak lama lagi. Sementara itu, sila ikuti coverage majlis perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, pada pautan maya akhbar Daily Express ini.
::
Salam Perjuangan!

::KPP::

2 comments:

  1. Salam,

    Terima kasih di atas layanan pemuda Papar kepada kami Pemuda Bukit Gelugor.

    Semoga persahabatan kita berkekalan.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah dan perjuangan untuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar..










    >>> Blog 1 Malaysia <<<

    ReplyDelete