Wednesday, July 15, 2009

Santai Pemuda Kelanahan




Setiap tahun pada 4 Julai, Amerika Syarikat akan merayakan Hari Kemerdekaannya.
::
Namun bagi kami JK Pemuda Umno Papar, tarikh 4 Julai 2009 adalah sangat bermakna kerana ia adalah Santai Pemuda kami yang ke-5. Kali ini ianya berlangsung di Kelanahan di rumah YBhg Setiausaha Umno Bahagian Papar Tuan Hj Abdillah Imran.
::
Kebetulan anak menantu kesayangan Hj Abdillah adalah salah seorang AJK kami iaitu Ag Nasip Yonos atau lebih mesra di kalangan rakan-rakan sebagai Jeroy.
::

Jeroy : Dari Pekan Papar ke Kelanahan, jaraknya cuma jalan sekangkang, jika tuan kebangkelanan, janganlah lupa menelan tulang... ewah...
KP : Tsk, tsk, tsk...
::
Majlis yang berlangsung jam 8:30pm itu diserikan dengan kehadiran YB Ketua Umno Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan N.22 Pantai Manis merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
::

Dalam kesibukan jadual beliau Datuk Rahim sempat singgah untuk menyampaikan pesan perjuangan dan sempat juga memaklumkan bahawa pendekatan beliau kini lebih terbuka dan banyak mendengar dari akar-umbi dalam aspek input pembangunan dan maslahat umum masyarakat Papar khasnya.
::
Kehadiran Datuk Rahim sendiri pada malam itu adalah bukti kepada mengotakan apa yang dikata dan ini tentulah sesuatu yang signifikan kepada Pemuda Umno Papar.



Pada malam itu juga Datuk Rahim menyerahkan satu set kompang untuk Belia Kompang Kg Kelanahan sumbangan dari beliau dan juga satu set baju batik untuk kumpulan yang sama sumbangan Pemuda Umno Papar.
::


Sementara itu Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali pula dalam ucapan aluannya menekankan betapa amalan demokrasi yang wujud di negara kita pada hari ini adalah praktikal dan pragmatik.
::
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang didakwa oleh pihak Barat sebagai pengamal demokrasi tulen seperti Indonesia dan Thailand maka Malaysia adalah secara relatif lebih stabil politiknya - justeru kondisi ekonominya - dan menjadi tempat mencari sumber pendapatan bukan saja untuk rakyat Malaysia sendiri, malah ramai rakyat daripada kedua-dua negara terbabit.
::
Mengapakah mereka memilih Malaysia? Jawapannya adalah kerana negara kita lebih makmur dan aman di bawah konsep dan amalan pemerintahan Barisan Nasional.
Pen. Bendahari hanya mampu tersenyum melihat gelagat PSU yang masih sempat melayan PS2
Menjamu makanan sambil menghadam pesanan...



::KPP::

No comments:

Post a Comment