Wednesday, July 15, 2009

Artikel Mengenai 1Malaysia Oleh KP Umno Papar



Pada 31 Mei 2009, sebuah rencana yang ditulis oleh Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali telah diterbitkan oleh akhbar perdana Mingguan Malaysia.

Artikel berkisar 1Malaysia itu dicetak pada halaman 6 iaitu pada muka surat yang sama dengan kolumnis Awang Selamat yang tersohor dengan pojok Bisik-bisik Mingguan.

Petikannya adalah seperti berikut:

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak
apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini berrtunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya".

Untuk bacaan lanjut secara penuh, sila layari rencana itu di laman Utusan Malaysia yang dipautkan ini.


::KPP::

1 comment: