Tuesday, July 21, 2009

Pemuda Papar: Melangsai Obligasi Sesi Ke-18



::
Pada pagi 19 Julai 2009 (Ahad), para perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Papar daripada 69 cawangan telah berbondong di Dewan Mesyuarat Borneo Paradise Resort, Kinarut bagi melangsaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli-ahli Umno sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Pergerakan Pemuda Umno.
::
::
Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian kami dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.22 Pantai Manis.
::
Sementara itu Wakil Perhubungan Pemuda Umno Negeri ialah Sdr Mohamad Alamin yakni Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kimanis yang dibantu oleh rombongan AJK Pemuda Bahagian beliau. Manakala Wakil-wakil Umno Bahagian Papar terdiri daripada En Mokhtar Hj Matyasin, En Sulaiman Osman, En Manshor Ghafar.
::
::
Turut hadir ialah YB Timbalan Ketua Bahagian Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Naib Ketua Bahagian En Juil Nuatim, Setiausaha Bahagian Tuan Hj Abdillah Imran, Ketua Pergerakan Puteri Cik Yantey Adam dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Puan Norlaila Hj Dusi.
::

::
Tidak ketinggalan Pengerusi Tetap Bahagian Tuan Hj Karim Madun, barisan AJK Bahagian, AJK Wanita dan AJK Puteri. Antara tetamu jemputan ialah Tuan Pegawai Daerah En Iman Ali, Pegawai Pelajaran Daerah En Abidin Marjan, tokoh prominen setempat YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon, mantan Ketua Pemuda Papar Sdr Jamal Nerubi, Ketua Pemuda Umno Ranau Sdr Faiz Nordin dan Ketua-ketua Pergerakan Pemuda PBS Pantai Manis dan MCA Papar.
::

::
Seramai 203 orang perwakilan telah hadir dan menjalankan tanggungjawab yang bermula pada jam 9:30am dan berakhir pada jam 1:50pm.
::
Beberapa usul sempat dibentangkan dan dibahas sepanjang Persidangan. Item lain dalam agenda Mesyuarat ialah pemilihan dua (2) orang Perwakilan Pemuda Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda Umno Malaysia pada Oktober 2009 ini dan pemilihan sepuluh (10) orang Perwakilan Pemuda ke Mesyuarat Tahunan Umno Bahagian pada Ogos 2009.
::
Dalam pemilihan Perwakilan 2, tujuh (7) calon menawarkan diri dan daripada sebanyak 172 undi yang dibuang/dikembalikan, dua orang yang terpilih ialah Sdr Mohd Fazil Mohd Ali (161 undi) dan Sdr Rohan Ahmat (67 undi).
::

Ucapan Dasar oleh KP Sdr Armizan Mohd Ali

Ucapan Penggulungan oleh NKP Sdr Roslie Hj Ibrahim


Perincian ucapan perasmian, ucapan dasar, ucapan penggulungan, pembentangan usul dan bahas serta futej sepanjang Sidang akan disiarkan dalam masa terdekat.

::KPP::

Penyerahan Sumbangan Kasut Bola Untuk Pasukan Papar Bawah-19 Tahun





Salah satu misi Pergerakan Pemuda Umno Papar ialah melestarikan hubungan intim dengan golongan belia termasuk golongan remaja.
::
Sebagai manifestasi kepada hasrat itu, pada 14 Julai 2009, kami telah menyampaikan satu set 22 pasang kasut bola sepak untuk Pasukan Bawah-19 Tahun Bola Sepak Papar sebagai sebahagian daripada persiapan mereka menghadapi Kejohanan Anjuran SAFA Zon Pantai Barat Selatan.
::
Untuk maksud itu penyerahan itu dizahirkan oleh wakil kami Pen. Bendahari Sdr Sahrum Datuk Hj Abu Ali yang diadakan secara ringkas di grand stand Padang Pekan Papar.
::
Semoga melalui interaksi sedemikian akan memupuk jenama Umno 'lekat di mata, lekat di hati' kepada golongan remaja ini.
::KPP::

Friday, July 17, 2009

Lawatan Mangsa Kebakaran di Gana


Pada 5 Julai 2009, kami Pergerakan Pemuda Umno Papar telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan untuk keluarga ahli Pemuda iaitu Sdr Nicholas Simon di Kg Gana, Papar.
::
Keluarga malang ini telah ditimpa musibah apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran baru-baru ini. Rumah berkenaan hangus secara total dan jika ada konsolasi ialah tiada nyawa yang terkorban dalam kejadian tersebut.





YB Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Kawang Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar difahamkan telah meluluskan peruntukan kilat RM10,000.00 dan diharapkan ianya dapat membantu keluarga ini membina semula rumah separa kekal secara beransur-ansur.


Ketika lawatan kami Nicholas dan ahli keluarganya menghuni sebuah khemah sementara berdekatan dengan tapak rumah asal dan keadaannya memang menghibakan sesiapa yang melihat keadaan berkenaan.




Kami mendoakan agar keluarga Nicholas cepat pulih dari trauma kejadian dan bangkit meneruskan kehidupan yang lebih teguh selepas mengharungi ujian yang cukup getir itu.
::KPP::


Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Papar Ke-18

Pergerakan Pemuda Umno Papar akan mengadakan Persidangan Sesi 2009/ke-18 pada takwim yang berikut:
::
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 8:00am
Tempat : Dewan Persidangan Hotel Borneo Paradise, Kinarut

Perasmian Mesyuarat dijangka dilakukan oleh YB Ketua Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail.
::
Seramai 235 orang perwakilan dijangka hadir dan para perwakilan cawangan diwajibkan memakai pakaian t-shirt berwarna hitam Pergerakan Pemuda Umno Papar.
::
Antara agenda Mesyuarat ialah pembentangan dan perbahasan beberapa usul serta pertandingan untuk Perwakilan Dua - yang melibatkan 7 orang calon - ke Persidangan Agong Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di PWTC Oktober 2009.


::KPP::

Kempen Kesedaran H1N1 Di Tamu Papar


Pada Ahad 5 Julai 2009, Pemuda Papar dan Puteri Papar mengadakan kerjasama buat julung kalinya dalam aktiviti kemasyarakatan.

Pada hari berkenaan, berbekalkan dengan brochure dan kit yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan atas ihsan YB Timb. Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kami menyingsing lengan menyampaikan mesej tentang 'kesedaran bahayanya virus H1N1' di Tamu Pekan Papar.

Kempen ini perlu memandangkan ianya bukan saja terdedah kepada mereka yang mengembara keluar negeri sahaja, malah akan risiko jangkitan secara tempatan yang semakin meningkat. Mudah-mudahan mesej yang kami bawa ini akan tersebar luas secara kesan malar.











::KPP::

Wednesday, July 15, 2009

Artikel Mengenai 1Malaysia Oleh KP Umno Papar



Pada 31 Mei 2009, sebuah rencana yang ditulis oleh Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali telah diterbitkan oleh akhbar perdana Mingguan Malaysia.

Artikel berkisar 1Malaysia itu dicetak pada halaman 6 iaitu pada muka surat yang sama dengan kolumnis Awang Selamat yang tersohor dengan pojok Bisik-bisik Mingguan.

Petikannya adalah seperti berikut:

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak
apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini berrtunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya".

Untuk bacaan lanjut secara penuh, sila layari rencana itu di laman Utusan Malaysia yang dipautkan ini.


::KPP::

Santai Pemuda Kelanahan




Setiap tahun pada 4 Julai, Amerika Syarikat akan merayakan Hari Kemerdekaannya.
::
Namun bagi kami JK Pemuda Umno Papar, tarikh 4 Julai 2009 adalah sangat bermakna kerana ia adalah Santai Pemuda kami yang ke-5. Kali ini ianya berlangsung di Kelanahan di rumah YBhg Setiausaha Umno Bahagian Papar Tuan Hj Abdillah Imran.
::
Kebetulan anak menantu kesayangan Hj Abdillah adalah salah seorang AJK kami iaitu Ag Nasip Yonos atau lebih mesra di kalangan rakan-rakan sebagai Jeroy.
::

Jeroy : Dari Pekan Papar ke Kelanahan, jaraknya cuma jalan sekangkang, jika tuan kebangkelanan, janganlah lupa menelan tulang... ewah...
KP : Tsk, tsk, tsk...
::
Majlis yang berlangsung jam 8:30pm itu diserikan dengan kehadiran YB Ketua Umno Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan N.22 Pantai Manis merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
::

Dalam kesibukan jadual beliau Datuk Rahim sempat singgah untuk menyampaikan pesan perjuangan dan sempat juga memaklumkan bahawa pendekatan beliau kini lebih terbuka dan banyak mendengar dari akar-umbi dalam aspek input pembangunan dan maslahat umum masyarakat Papar khasnya.
::
Kehadiran Datuk Rahim sendiri pada malam itu adalah bukti kepada mengotakan apa yang dikata dan ini tentulah sesuatu yang signifikan kepada Pemuda Umno Papar.



Pada malam itu juga Datuk Rahim menyerahkan satu set kompang untuk Belia Kompang Kg Kelanahan sumbangan dari beliau dan juga satu set baju batik untuk kumpulan yang sama sumbangan Pemuda Umno Papar.
::


Sementara itu Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali pula dalam ucapan aluannya menekankan betapa amalan demokrasi yang wujud di negara kita pada hari ini adalah praktikal dan pragmatik.
::
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang didakwa oleh pihak Barat sebagai pengamal demokrasi tulen seperti Indonesia dan Thailand maka Malaysia adalah secara relatif lebih stabil politiknya - justeru kondisi ekonominya - dan menjadi tempat mencari sumber pendapatan bukan saja untuk rakyat Malaysia sendiri, malah ramai rakyat daripada kedua-dua negara terbabit.
::
Mengapakah mereka memilih Malaysia? Jawapannya adalah kerana negara kita lebih makmur dan aman di bawah konsep dan amalan pemerintahan Barisan Nasional.
Pen. Bendahari hanya mampu tersenyum melihat gelagat PSU yang masih sempat melayan PS2
Menjamu makanan sambil menghadam pesanan...



::KPP::

Saturday, July 4, 2009

Perlawanan Persahabatan Pemuda Negeri vs Pemuda Papar





Sempena "Bengkel Pemuda Umno Sabah" yang berlangsung selama tiga hari di Borneo Paradise Kinarut baru-baru ini, Pergerakan Pemuda Umno Sabah mengambil kesempatan dengan melakukan excursion setempat dengan mengadakan perlawanan persahabatan bersama Pergerakan Pemuda Umno Papar.
::
Perlawanan yang berlangsung pada petang 20 Jun 2009 di padang bola SK Pengalat Besar membariskan Ketua-ketua Pemuda Umno Negeri Sabah di pasukan Pelawat menentang barisan Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar sebagai Tuan Rumah.
::
YB Ketua Umno Bahagian Papar Datuk Hj Abdul Rahim Ismail telah sudi hadir untuk menyaksikan perlawanan berkenaan dan melakukan sepak rasmi. Turut hadir ialah YB Timbalan Ketua Umno Bahagian YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar dan Naib Ketua Umno Bahagian En Juil Nuatim serta mantan Ketua Pemuda Umno Papar En Jamal Nerubi.
::
Keputusan perlawanan akan diulas kemudian.... wink!
::KPP::











Kursus Motivasi & Kepimpinan Pelajar Islam Parlimen Papar



Pergerakan Pemuda Umno Papar melalui Biro Pendidikan & Pengajian Tinggi kami telah menganjurkan Kursus Motivasi & Kepimpinan Pelajar Islam Papar pada 15-17 Jun 2009. Kursus ini dibuat dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).
::
Seramai 100 orang pelajar sekolah menengah dari Parlimen Papar terlibat sebagai peserta dengan sekumpulan guru-guru pelatih IPG Raja Melewar bertindak sebagai fasilitator sepanjang kursus tiga hari tersebut.




Majlis perasmian program disempurnakan oleh YBhg Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah Sdr Azman Hj Ruslan pada 16 Jun 2009 di Beringis Resort, Papar.
::
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YBhg Datuk Abdullah Hussin iaitu Setiausaha Agung USIA dan barisan AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar.
::KPP::