Tuesday, July 21, 2009
Pemuda Papar: Melangsai Obligasi Sesi Ke-18
Penyerahan Sumbangan Kasut Bola Untuk Pasukan Papar Bawah-19 Tahun
Friday, July 17, 2009
Lawatan Mangsa Kebakaran di Gana
Ketika lawatan kami Nicholas dan ahli keluarganya menghuni sebuah khemah sementara berdekatan dengan tapak rumah asal dan keadaannya memang menghibakan sesiapa yang melihat keadaan berkenaan.
Kami mendoakan agar keluarga Nicholas cepat pulih dari trauma kejadian dan bangkit meneruskan kehidupan yang lebih teguh selepas mengharungi ujian yang cukup getir itu.
Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Papar Ke-18

Kempen Kesedaran H1N1 Di Tamu Papar
Pada Ahad 5 Julai 2009, Pemuda Papar dan Puteri Papar mengadakan kerjasama buat julung kalinya dalam aktiviti kemasyarakatan.
Pada hari berkenaan, berbekalkan dengan brochure dan kit yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan atas ihsan YB Timb. Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin, kami menyingsing lengan menyampaikan mesej tentang 'kesedaran bahayanya virus H1N1' di Tamu Pekan Papar.
Kempen ini perlu memandangkan ianya bukan saja terdedah kepada mereka yang mengembara keluar negeri sahaja, malah akan risiko jangkitan secara tempatan yang semakin meningkat. Mudah-mudahan mesej yang kami bawa ini akan tersebar luas secara kesan malar.
Wednesday, July 15, 2009
Artikel Mengenai 1Malaysia Oleh KP Umno Papar

Pada 31 Mei 2009, sebuah rencana yang ditulis oleh Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali telah diterbitkan oleh akhbar perdana Mingguan Malaysia.
Artikel berkisar 1Malaysia itu dicetak pada halaman 6 iaitu pada muka surat yang sama dengan kolumnis Awang Selamat yang tersohor dengan pojok Bisik-bisik Mingguan.
Petikannya adalah seperti berikut:
Untuk bacaan lanjut secara penuh, sila layari rencana itu di laman Utusan Malaysia yang dipautkan ini.Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak
apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.
Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini berrtunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya".
Santai Pemuda Kelanahan
Namun bagi kami JK Pemuda Umno Papar, tarikh 4 Julai 2009 adalah sangat bermakna kerana ia adalah Santai Pemuda kami yang ke-5. Kali ini ianya berlangsung di Kelanahan di rumah YBhg Setiausaha Umno Bahagian Papar Tuan Hj Abdillah Imran.
Kebetulan anak menantu kesayangan Hj Abdillah adalah salah seorang AJK kami iaitu Ag Nasip Yonos atau lebih mesra di kalangan rakan-rakan sebagai Jeroy.
Jeroy : Dari Pekan Papar ke Kelanahan, jaraknya cuma jalan sekangkang, jika tuan kebangkelanan, janganlah lupa menelan tulang... ewah...
Pada malam itu juga Datuk Rahim menyerahkan satu set kompang untuk Belia Kompang Kg Kelanahan sumbangan dari beliau dan juga satu set baju batik untuk kumpulan yang sama sumbangan Pemuda Umno Papar.
Sementara itu Ketua Pemuda kami Sdr Armizan Mohd Ali pula dalam ucapan aluannya menekankan betapa amalan demokrasi yang wujud di negara kita pada hari ini adalah praktikal dan pragmatik.
Saturday, July 4, 2009
Perlawanan Persahabatan Pemuda Negeri vs Pemuda Papar
Sempena "Bengkel Pemuda Umno Sabah" yang berlangsung selama tiga hari di Borneo Paradise Kinarut baru-baru ini, Pergerakan Pemuda Umno Sabah mengambil kesempatan dengan melakukan excursion setempat dengan mengadakan perlawanan persahabatan bersama Pergerakan Pemuda Umno Papar.
::
