Sunday, August 23, 2009

Futej Perasmian Futsal 24-Jam


Berikut adalah futej Majlis Perasmian Futsal + 6 Anjuran Pergerakan Pemuda Umno Papar yang berlangsung pada 1 Ogos 2009 di Dewan Datuk Salleh Sulong Papar.


Pasukan kompang Kg Kelanahan bersedia menyambut ketibaan Perasmi di luar Dewan


YB Dato' Seri Nazri Aziz disambut oleh YB Datuk Hj Rahim Ismail (Ketua Umno Bahagian Papar), YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar (TKB), En Juil Nuatim (NKB), Sdr Armizan Mohd Ali (KP), Tuan Iman Ali (Pegawai Daerah) serta AJK Bahagian dan AJK Pemuda Bahagian



AJK Pemuda Umno Papar menyambut 'ikut barisan'...


Dari kiri: En Juil Nuatim, YB Datuk Gulam KB, YB Datuk Rahim Ismail, YB Dato' Seri Nazri Aziz, Sdr Armizan Mohd Ali, Sdr Jamawi Jaafar (Exco Pemuda Umno Malaysia) dan Sdr Roslie Hj Ibrahim (NKP Papar), berdiri menyanyikan lagu-lagu "Negaraku", "Sabah Tanah Airku" dan "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"




Takkan Sabudin Hilang Di Majlis... Pengerusi Tetap kami yang menjawat MC Tatap


KP dalam ucapan aluan antara lain menyentuh tentang objektif dan pencapaian program termasuk mendaftar 747 ahli-ahli baru Umno. KP juga menyatakan Pemuda Papar menyokong cadangan pindaan ISA untuk penambah-baikan tanpa perlu menghapuskan Akta tersebut sekaligus


YB Ketua Bahagian berucap menyentuh konsep 1Malaysia dan memuji Pergerakan Pemuda Umno Papar yang "walked the talk"

YB Dato' Seri Nazri berucap merasmikan dan berkongsi pengalaman beliau semasa dalam era Pemuda. Beliau juga menyatakan bahawa selagi beliau berada dalam kabinet maka beliau akan mempertahankan ISA






Pergerakan Puteri Umno Papar juga sudi hadir dengan diketuai oleh Big Boss mereka Cik Yantey Adam


4 drpd 6 pengadil SAFA yang bekerja lebih dari 28 jam untuk menjayakan permainan


YB Datuk VK Liew, Presiden LDP merangkap Timbalan Menteri di JPM juga turut hadir


Simbolik perasmian dengan ungkaian banner yang direka oleh AJK kami Sdr Jeroy @ Ag Nasip Yonos. Rekabentuk pentas juga di'andam' oleh Timb. Pengerusi Tetap kami iaitu Sdr Nat @ Nazrey Ugun...


YB Dato' Sei Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap AMT Umno boleh dengan bangga berkata, "I wuz here in Papar" dengan bukti gambar pegun bersama barisan AJK Pemuda Umno dan Exco Pemuda Umno Malaysia Sdr Jamawi Jaafar


Senario di kaunter pendaftaran, sibuk tapi terkawal!


Menyusul.... futej 'game' Hari Pertama...



::KPP::

Monday, August 3, 2009

Futsal 24-Jam: Tahniah Kepada Semua!

Yup! Alhamdulilah, ianya dapat dijayakan tanpa sebarang insiden tak diingini kecuali kecederaan beberapa pemain.
::
Kami Pergerakan Pemuda Umno Papar sebagai penganjur tidak mahu mengambil ringan kecederaan berkenaan dan sebab itu kami memberikan autoriti kepada pihak Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM) yang berada di venue untuk membawa para pemain berkenaan ke hospital dengan ambulan yang mereka sediakan.
::
Tahniah kepada kesemua 114 pasukan yang mengambil bahagian samada yang menang ataupun yang kalah. Ini kerana secara keseluruhan kita semua telah menang dalam menjayakan program ini.
::
Bagi kami Pemuda Papar, catatan awal mendaftarkan 747 ahli Umno yang baru terutama dari golongan muda adalah satu kejayaan yang sangat manis. Mudah-mudahan final tally yang sedang dicerap akan menunjukan angka yang lebih besar dalam tempoh 2 hari berkenaan.
::
Terima kasih juga kami rakamkan kepada para penyumbang hadiah sampingan dan hamper, Pejabat Daerah Papar, Majlis Daerah Papar, RELA, JPAM, Panel Pengadil SAFA, Pengakap Papar, SPR, Klinik Kesihatan Team Dr Peter Celestine, AJK Urusetia Kecil, para pengunjung dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Pemuda Papar kali ini.
::
Jika pelan di atas kertas ialah 24-Jam untuk masa permainan, maka pelan itu sendiri juga dipecahkan kerana masa keseluruhan permainan yang dimulakan dalam jam 2:45 petang 1 Ogos (selepas majlis perasmian), hanya berakhir dengan pengadil meniup wisel penamat untuk perlawanan akhir jam 7:00 malam 2 Ogos, yakni 28 jam dan 15 minit!
::
Antara lain sebab yang menjadikan ianya terlajak adalah kerana jumlah pasukan yang mengambil bahagian adalah lebih dari sasaran awal 100 pasukan.
::
Siapakah Juara-juara Futsal 24-Jam Anjuran Pemuda Papar 2009? Sama-samalah kita nantikan Futej Bergambar yang akan disiarkan di blog ini tidak lama lagi. Sementara itu, sila ikuti coverage majlis perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, pada pautan maya akhbar Daily Express ini.
::
Salam Perjuangan!

::KPP::

Thursday, July 30, 2009

Reezal Merican : Keazaman Membela Rakyat

Berikut adalah petikan rencana bertajuk "Keazaman Membela Rakyat" yang ditulis oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 30 Julai 2009:

......sebuah kerajaan yang baik, mestilah mampu menterjemah "idealisme" kepada
pelaksanaan. Bukannya sekadar berada dalam dunia utopian yang tidak kesampaian. Ataupun sekadar menjadi kerajaan yang "lemah, reaktif dan mendodoi rakyat dengan omongan politik". Ataupun kerajaan yang sekadar bijaksana dalam memberi 'cakap angin' kepada kehendak perubahan.

::
Untuk sebuah kepimpinan yang secara relatifnya baru, berani hadir dan tampil dengan perincian prestasi seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri setidak-tidaknya mendapat perhatian orang muda.

::
Mereka, yang sudah sekian lama terbiasa dengan perincian prestasi di tempat
mereka bekerja, berasa senang hati dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu. "Kali ini, kami boleh buat perbandingan. Yang mana sekadar bercakap
tetapi tidak jujur dengan usaha 'pembaikan' akan terkena pada pilihan raya akan
datang," ujar seorang teman penulis, seorang eksekutif kanan di sebuah firma
antarabangsa.

::
Francis Fukuyama dalam bukunya, State Building, Governance and the World Order in 21st Century, menyebut tentang keperluan state strengthening. Kerajaan mesti diperkuatkan dengan pembaikan kapasiti pentadbiran, ketelusan dan kecekapan pengurusan sektor awam.

::
Dengan mempunyai NKRA yang jelas, tidak ada alasan sebenarnya untuk wujudnya kecacatan 'pelaksanaan' buat kali ini. Kali ini, sektor awam mestilah juga bersedia menjadi "rakan pelaksana" kepada hasrat kerajaan. Setidak-tidaknya, pada pandangan penulis, usaha kerajaan kali ini akan menampilkan gelombang penerimaan positif rakyat.

::
Sebagai rakyat dan juga pengundi, majoriti mereka hanya mahukan sebuah kerajaan yang mampu dan wibawa. Kerajaan yang berani melakukan perubahan dan bertindak demi kepentingan rakyat.

::
Kerajaan yang boleh memberi 'tawaran baru' kepada mereka.

Untuk bacaan lanjut, sila ikuti rencana berkenaan di pautan ini.

Friday, July 24, 2009

Kejohanan Futsal Pemuda Papar 2009!


Perancangan beberapa bulan kini bakal dizahirkan!

Kejohanan Tertutup Futsal 24-Jam Anjuran Pergerakan Pemuda Umno Papar akan berlangsung pada 1-2 Ogos 2009 ini bertempat di Arena Futsal Padang Pekan Papar. Ianya akan dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Syarat penyertaan sangat mudah terbuka kepada semua warga (lelaki) di Papar ini iaitu hanya perlu membayar yuran penyertaan RM5.00 untuk sebuah pasukan dan anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah pertandingan bernilai RM8,000.00.

Antara hadiah-hadiah itu ialah Johan wang tunai RM3,000.00, Naib Johan (RM2,000.00), Tempat Ke-3 (RM1,000.00) dan Tempat Ke-4 (RM500.00).

Hadiah-hadiah lain akan ditawarkan untuk pemenang-pemenang acara sampingan seperti Dart dan Sepak Manggis serta cabutan tiket-tiket bertuah.

Di samping itu anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 3.5 juta orang Bumiputera di Malaysia yang menjadi ahli Umno sambil juga mendaftar sebagai pengundi dalam senarai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), melalui kaunter-kaunter yang dibuka di kawasan acara berlangsung.

Apa lagi bro.... sila hubungi penama-penama yang disenaraikan di sebelah kanan blog ini pada nombor-nombor fon yang dicatatkan.

Futej Sidang Perwakilan Papar Sesi Ke-18

Berikut adalah futej berupa sebahagian foto-foto pegun yang dirakamkan sepanjang hari Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Papar pada 19 Julai 2009 di Borneo Paradise Resort.

Senario di kaunter pendaftaran...



Para perwakilan menjamu sarapan pagi sebelum persidangan bermula...









Rombongan Pergerakan Wanita Umno Papar yang membantu dalam beberapa proses persidangan...




Para Jemputan Duduk Depan Dari Kiri: Tuan Hj Abdillah Imran (Setiausaha Bahagian), Datuk Hj Abuali Ganturon (mantan Bendahari Bahagian), En Jamal Nerubi (mantan Ketua Pemuda), Pn Norlaila Hj Dusi (Naib Ketua Wanita), Cik Yantey Adam (Ketua Puteri)


Sebahagian para perwakilan yang tetap tersenyum walau bersidang selama lebih 4 jam pada hari itu...




Sebahagian AJK Pemuda yang komitmen mereka tetap konsisten dalam melaksanakan apa saja program dan aktiviti Pemuda sebermula 25 Okt 2008


Taklimat Penerangan. Patutkah memberi taklimat sambil berkempen Perwakilan 2? Tsk, tsk, tsk...

Pembentang Usul Penyata Tahunan

Pembentang Usul Penyata Kewangan

Pembentang Usul Politik, Pendidikan, Ekonomi, Sosial...

Pembahas Usul
Pembahas Usul

Pembahas Usul

Pembahas Usul

Penyokong Usul Perwakilan 10

Terima Kasih kepada Rombongan Pemuda Kimanis yang datang sebagai Wakil Badan Perhubungan Pemuda Umno Negeri Sabah

::KPP::

Tuesday, July 21, 2009

Pemuda Papar: Melangsai Obligasi Sesi Ke-18



::
Pada pagi 19 Julai 2009 (Ahad), para perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Papar daripada 69 cawangan telah berbondong di Dewan Mesyuarat Borneo Paradise Resort, Kinarut bagi melangsaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli-ahli Umno sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Pergerakan Pemuda Umno.
::
::
Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian kami dirasmikan oleh YB Ketua Bahagian Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri N.22 Pantai Manis.
::
Sementara itu Wakil Perhubungan Pemuda Umno Negeri ialah Sdr Mohamad Alamin yakni Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kimanis yang dibantu oleh rombongan AJK Pemuda Bahagian beliau. Manakala Wakil-wakil Umno Bahagian Papar terdiri daripada En Mokhtar Hj Matyasin, En Sulaiman Osman, En Manshor Ghafar.
::
::
Turut hadir ialah YB Timbalan Ketua Bahagian Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar, Naib Ketua Bahagian En Juil Nuatim, Setiausaha Bahagian Tuan Hj Abdillah Imran, Ketua Pergerakan Puteri Cik Yantey Adam dan Naib Ketua Pergerakan Wanita Puan Norlaila Hj Dusi.
::

::
Tidak ketinggalan Pengerusi Tetap Bahagian Tuan Hj Karim Madun, barisan AJK Bahagian, AJK Wanita dan AJK Puteri. Antara tetamu jemputan ialah Tuan Pegawai Daerah En Iman Ali, Pegawai Pelajaran Daerah En Abidin Marjan, tokoh prominen setempat YBhg Datuk Hj Abu Ali Ganturon, mantan Ketua Pemuda Papar Sdr Jamal Nerubi, Ketua Pemuda Umno Ranau Sdr Faiz Nordin dan Ketua-ketua Pergerakan Pemuda PBS Pantai Manis dan MCA Papar.
::

::
Seramai 203 orang perwakilan telah hadir dan menjalankan tanggungjawab yang bermula pada jam 9:30am dan berakhir pada jam 1:50pm.
::
Beberapa usul sempat dibentangkan dan dibahas sepanjang Persidangan. Item lain dalam agenda Mesyuarat ialah pemilihan dua (2) orang Perwakilan Pemuda Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda Umno Malaysia pada Oktober 2009 ini dan pemilihan sepuluh (10) orang Perwakilan Pemuda ke Mesyuarat Tahunan Umno Bahagian pada Ogos 2009.
::
Dalam pemilihan Perwakilan 2, tujuh (7) calon menawarkan diri dan daripada sebanyak 172 undi yang dibuang/dikembalikan, dua orang yang terpilih ialah Sdr Mohd Fazil Mohd Ali (161 undi) dan Sdr Rohan Ahmat (67 undi).
::

Ucapan Dasar oleh KP Sdr Armizan Mohd Ali

Ucapan Penggulungan oleh NKP Sdr Roslie Hj Ibrahim


Perincian ucapan perasmian, ucapan dasar, ucapan penggulungan, pembentangan usul dan bahas serta futej sepanjang Sidang akan disiarkan dalam masa terdekat.

::KPP::