Monday, September 14, 2009

Ziarah Ramadan 1430H


Seperti yang telah dirancangkan pada Mesyuarat AJK ke-5, maka pada 13 Sept 2009 dan 17 Sept 2009 kami memulakan Ziarah Ramadan iaitu program membuat kunjungan kepada beberapa rumah dalam kawasan Parlimen Papar.
::
Ziarah Ramadan ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada projek induk Ziarah Ehsan yang telah dimulakan pada Mei 2009. Namun kebetulan kali ini ianya dizahirkan di dalam bulan Ramadan maka namanya disesuaikan dengan bulan yang penuh dengan rahmat ini dengan intipatinya kekal iaitu merealisasikan konsep pembelaan rakyat.
::
Bersesuaian dengan tema juga, maka pemanduannya diangkat bersama oleh Biro Kebajikan yang diketuai oleh Sdr Jimi@ Rohzimi Kassim dan Biro Agama yang dipengerusikan oleh Sdr Rohan Ahmat.


Gerombolan Pemuda Umno Papar sedang menunggu ketibaan KP Amir di hentian bas Kg Kawang.

Sebagaimana kriteria yang telah digariskan dalam keputusan mesyuarat berkenaan, maka misi kali ini mengunjungi rumah-rumah ibu/bapa tunggal miskin, pengidap sakit kronik dan/atau sakit mental, mangsa kebakaran dan penghuni rumah yang memerlukan pembaikan.
::
Untuk trip kali ini sebanyak 13 buah rumah di Kg Kawang (5 buah), Kg Kuala (5 buah), Kg Lepasan Kinarut (2 buah) dan Kg Pengalat Besar (1 buah) telah dipilih.













Sdr Mat Noor Usop menerima 20 keping zink untuk menggantikan zink-zink atap yang telah rosak


Nek Nerisah penghuni rumah yang menerima benafaat one-off Pemuda Papar sedang menyiapkan bekas ketupat untuk persediaan Syawal yang tinggal beberapa hari lagi
::
Mudah-mudahan Tuhan akan terus melimpahkan kemampuan seumpamanya kepada kami Pemuda Umno Papar bagi meneruskan projek kecil-kecilan sedemikan yang bermakna dalam usaha membela rakyat ini.


::KPP::

No comments:

Post a Comment