Monday, September 14, 2009

Sepintas Bersama Pemuda Umno Kawang




Dalam kesibukan menjalankan misi Ziarah Ramadan, kami berpeluang bersemuka dengan ahli-ahli Pemuda Umno Cawangan Serdang Kawang.
::
Ada dua item yang sempat dibereskan iaitu penyerahan 30 borang penambahan ahli-ahli Pemuda Umno cawangan tersebut dan yang keduanya menyerahkan sumbangan peralatan set sepak takraw untuk kegunaan bersama golongan belia di Kg Kawang.
::
Aktivis Pemuda Cawangan Serdang Kawang, Sdr Mohd Hasrul Ag Tuah berharap dengan penambahan ahli berkenaan maka hasrat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno cawangan mereka akan tercapai pada mesyuarat tahunan 2010.
::
Buat masa ini daripada lima cawangan induk yang terdapat di lingkungan Kg Kawang, hanya sebuah cawangan sahaja yang mempunyai jawatankuasa sayap Pemuda.
::
Adalah diharapkan inisiatif yang ditunjukkan oleh Sdr Hasrul ini akan menjadi teladan kepada ahli-ahli Pemuda Umno di cawangan-cawangan lain dalam Bahagian P.175 Papar.
::
Dalam pada itu, Sdr Hasrul juga dengan sukarela menjadi pemandu (guide) kami untuk menziarahi lima buah rumah penerima benafaat Ziarah Ramadan di sekitar Kg Kawang.
::
Terima kasih Sdr Hasrul dan Sdr Syahirul Lubin serta ahli-ahli Pemuda Umno lingkungan Kg Kawang atas kesudian menemani kami dalam misi berkenaan.


::KPP::

No comments:

Post a Comment