Thursday, August 27, 2009

Santai Pemuda Kg Beringis



Siri Santai Pemuda yang ke-6 telah berjaya diadakan di kediaman AJK Pemuda Bahagian kami Sdr Abd Razak Rashid di Lorong Kassim, Kg Beringgis pada 9 Ogos 2009.
::
Majlis dimulakan dengan solat jemaah Maghrib dan tahlil di rumah berkenaan.




Selesai tahlil maka kami pun berkudapan sebelum ke acara seterusnya.




Tuan Rumah sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.


Pantun Tuan Rumah disambut oleh Ketua Pemuda kami



AJK Pemuda dari kiri: Rohan, Jamlih, Yan, Jimi, Rico dan Abut
::
Agenda malam itu diteruskan dengan majlis penyerahan permohonan menjadi ahli Umno daripada kawasan Kg Beringgis iaitu di bawah Daerah Mengundi/Peti Undi Kawang.
::
Cawangan pertama iaitu Cawangan Kg Beringgis menyerahkan borang penambahan ahli manakala satu cawangan penaja iaitu Cawangan Bangkau Dela menyerahkan borang permohonan penubuhan.

Ketua Pemuda Cawangan Kg Beringgis Sdr Muhammad Salam menyerahkan borang penambahan ahli kepada KP disaksikan oleh NKP


Ketua Pemuda Penaja Cawangan Bangkau Dela menyerahkan borang permohonan untuk diserahkan ke Ibu Pejabat Umno Pusat
::
Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog.


Suhaimi Basirin sedang mengajukan pendapat dan cadangan pada majlis dialog. Beliau adalah mantan KP Cawangan Beringgis yang terus aktif menyumbangkan tenaga dalam apa-apa aktiviti Pemuda khasnya di Kg Beringgis.



Arah jam dari kiri : NKP Roslie, Billy @Ruslan Ag Damit aktivis Umno Beringis, KP Amir dan Tuan Hj Yaman Ag Ali AJK Bahagian Umno Papar


Majlis diakhiri dengan bacaan berzanji oleh AJK kami iaitu Sdr Yan@ Imbran Manik


::KPP::

No comments:

Post a Comment