Wednesday, November 17, 2010

Program Wacana Belia Papar. Jom!


Pergerakan Pemuda UMNO menggerakkan satu lagi program dalam pengupayaan minda dan tenaga belia kepada kesinambungan pembangunan dan kemajuan Daerah Papar. Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda kami, Sdr Armizan Mohd Ali mengenai yang sama:


Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar melalui Sekretariat Profesional dan Pekerja Muda akan menganjurkan Wacana Belia dan Pembangunan Daerah Papar. Wacana ini bertujuan untuk menyediakan ruang dan platform kepada para profesional dan pekerja muda di kalangan anak-anak Papar untuk mendapatkan maklumat berhubung hala tuju pembangunan dan isu-isu semasa berkaitan daerah Papar.


Program ini juga disasarkan untuk mendengar suara dan pandangan anak-anak Papar berhubung apa jua aspek dalam matlamat bersama meningkatkan pembangunan daerah Papar melalui Kerajaan Barisan Nasional. Program ini akan melibatkan para pemimpin tempatan sama ada pemimpin politik dan ketua-ketua jabatan berkaitan. Tarikh, masa dan tempat program akan ditetapkan kelak setelah mendapat respon awal daripada anak-anak Papar yang berminat.


Program yang dijangka berlangsung dalam 3-4 jam ini di hujung minggu. Penganjur merancang untuk melaksanakan program ini pada pertengahan bulan Disember. Sehubungan itu, semua profesional dan pekerja muda di kalangan anak-anak Papar dialu-alukan untuk menyertai program ini.


Sila daftarkan diri dengan menghubungi atau sms AJK yang ditetapkan dengan menyertakan butiran nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, alamat emel (kiranya ada) dan nama kampung asal.


Bersama Membangun Daerah Papar.


ARMIZAN MOHD ALI


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar

::KPP::





No comments:

Post a Comment