::
Ucapan beliau adalah sebagai menyokong "Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO". Armizan menyampaikan ucapan beliau selepas pembentangan Usul berkenaan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican.
::
Ucapan beliau yang berkisar di sekitar "Transformasi Parti & Kerajaan Dalam Konteks Politik Nilai & Makna" disampaikan lebih kurang 30 minit dan berikut adalah petikan sebahagian daripadanya:
::
1. Dalam kesempatan masa yang terhad ini, izinkan Sabah
untuk turut sama memberikan pandangan dalam agenda transformasi Parti dan
Kerajaan.
:
Pasca PRU Ke-12 lantaran pukulan ombak tsunami yang ganas,
kita semua berbicara untuk melaksanakan transformasi atau perubahan. Pemuda
Sabah bersetuju dengan agenda tranformasi yang ingin dilaksanakan kerana
sebagaimana yang pernah disebutkan oleh YAB. Presiden Parti, sekiranya kita
tidak berubah, kita akan rebah.
:
Namun begitu, sebelum kita
melaksanakan sebarang tranformasi, adalah perlu untuk kita berpegang kepada tiga
premis iaitu;
· memahami asas dan landasan
proses transformasi kita – perlu diingat Umno dan BN tidak pernah gagal dalam
melaksanakan amanah dan pertanggungjawaban kepada rakyat. Kita berjaya memerdekakan Negara dan mengisi kemerdekaan Negara. Ini asas, landasan dan rekod pencapaian parti. Malangnya dengan landskap politik baru dunia, kejayaan ini tidak lagi menjadi sandaran penting rakyat dalam membuat pilihan dan pembangkang berjaya mewujudkan persepsi negatif terhadap parti dan kerajaan.· mengetahui permasalahan
dan jalan penyelesaian yang tepat – permasalahan sebenar kita adalah ‘kegagalan
dalam mengurus kejayaan’ sebagaimana yang pernah disebutkan oleh YABhg. Tun
Abdullah Ahmad Badawi dalam salah satu tema ucapan dasar Presiden. Kita terlalu fokus mencipta kejayaan sehingga alpa dalam memastikan kejayaan itu diurus dengan bijak untuk memastikan rakyat menghargai dan menjiwainya.· melaksanakan transformasi secara
kolektif dan holistik – kita selalu berfikir dan bertindak secara silo (silo
mentality). Masing-masing bergerak secara bersendirian yang menyebabkan impak yang tidak maksima dan menyeluruh serta membazirkan limited resource yang ada.Silo mentality juga menyebabkan banyak pihak membuat kerja yang sama secara
berulang dan bertindih manakala ada bidang tugas tertentu pula tidak dilakukan
oleh sesiapa.· mengelakkan terikut
rentak dan terperangkap dengan strategi pembangkang – keghairahan dalam
melakukan perubahan telah menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak
sewajarnya kerana terikut-ikut isu yang dimanipulasi oleh pembangkang. Akhirnya, kita tidak mengetahui keutamaan yang sebenarnya perkara-perkara yang dekat dengan hati dan kehendak rakyat.
::
Tranformasi Parti
2. Alhamdulillah kita bersyukur kerana parti telah memulakan langkah transformasi. Namun, kita melihat setakat ini perubahan yang dilaksanakan banyak bersifat kosmetik dan struktural melalui pindaan perlembagaan parti contohnya. Transformasi yang dilaksanakan perlulah bersifat hakiki dan holistik meliputi pengisian dan metodologi perjuangan. Pemuda Sabah mahu agar parti digerakkan sebagai sebuah parti politik massa yang sebenar. Apa yang kita lihat parti hanya banyak digerakkan ketika pilihan raya dan acara-acara berbentuk ceremonial tertentu. Sebaik sahaja memenangi pilihan raya, kita akan menyerahkan sebahagian besar urusan rakyat kepada kerajaan contohnya dalam penggubalan dasar-dasar dan program-program kerajaan sehingga rakyat tidak dapat melihat peranan Umno dan BN.Sebagaimana yang disebutkan oleh YAB. Timbalan Presiden Parti dalam Ucapan Perasmian semalam, rakyat ingin melihat sentuhan parti. Parti tidak digerakkan secara aktif dalam membincangkan isu-isu rakyat melalui wacana dan dialog. Diskusi rakyat tidak dibudayakan dan digerakkan secara sistematik sehinggakan rakyat dan ahli parti sendiri tidak melihat kepentingan mesyuarat tahunan parti di
peringkat cawangan dan bahagian kerana ia lebih bersifat ceremonial untuk
memenuhi tuntutan peraturan dan perlembagaan parti.
::
Pemuda Sabah mahu permasalahan rakyat dibincangkan secara aktif melalui forum parti agar rakyat dapat melihat peranan dan tanggungjawab Umno secara jelas. Inilah intipati penting Model Politik Baru yang perlu di guna pakai. Umno bukan sahaja menjadi nadi, jurubicara dan juara rakyat tetapi perlu dilihat bergerak secara aktif melaksanakan peranan itu.Inilah naratif dan penceritaan baru yang boleh menjadi nilai tambah kepada modal wadah kemerdekaan dan politik pembangunan yang kita bawa selama ini. Sehubungan itu, Pemuda Sabah memuji langkah Pemuda Pusat dalam menganjurkan Forum Gaji Minimum baru-baru ini.
Sekiranya NGO tertentu bergerak mewakili kepentingan dan suara kelompok yang mereka wakili, Umno adalah sebuah NGO Politik yang mewakili rakyat keseluruhannya khususnya masyarakat bumiputera.
Kita mahu Majlis Kerja Tertinggi digerakkan melalui biro-biro yang ditubuhkan sebagaimana tuntutan yang ditetapkan kepada biro-biro di peringkat sayap-sayap. Apakah peranan MKT? Adakah MKT tidak perlu menganjurkan program? Adakah MKT hanya platform untuk mencari calon-calon Menteri, Timbalan Menteri atau Menteri-Menteri Besar. Mana input MKT untuk Bajet tahunan kerajaan? GTP? ETP? dan sebagainya. Pemuda Sabah menyambut baik cadangan YAB. Timbalan Presiden untuk memperkenalkan Skor Kad untuk menilai pencapaian pemimpin-pemimpin di peringkat sayap. Pemuda Sabah mencadangkan agar pelaksanaan Skor Kad ini juga diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin utama bahagian lain termasuk wakil-wakil rakyat.
::
Sekretariat Umno di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Bahagian perlu distruktur semula dan dimantapkan. Ia tidak boleh hanya berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Kita pernah mendengar cadangan penubuhan ‘War Room’ – sejauh
manakah pelaksanaannya kini dan adakah semua bahagian telah melaksanakan
penubuhannya.Umno perlu mempunyai unit yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti isu-isu untuk menyerang pembangkang. Selama ini kita banyak bertindak defensif tanpa menyedari kita juga menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.
::
Tranformasi Kerajaan
3. Pemuda Sabah kagum dan menyanjung tinggi kebijaksanaan dan kepimpinan YAB. Perdana Menteri dalam membawa pelbagai bentuk tranformasi dalam kerajaan. Pengenalan Gagasan 1 Malaysia dengan tema ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Program Tranformasi Kerajaan melalui 6 NKRA, Program Transformasi Ekonomi dan pelbagai inisiatif lain merupakan bukti kesungguhan kerajaan BN dalam membela kepentingan rakyat dan Negara. Kita yakin pemimpin dan kerajaan BN akan berjaya merealisasikan segala matlamat yang digariskan.
::
Namun begitu, Pemuda Sabah risau sekiranya kejayaan buat sekian kalinya yang bakal dibawa oleh kerajaan ini tidak akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat untuk terus memilih BN dalam pilihan raya yang akan datang. Sejarah telah membuktikan politik pembangunan dan rekod pencapaian cemerlang BN selama
ini membawa pembangunan pesat dan kemakmuran kepada Negara sudah tidak menjadi sandaran kepada rakyat dalam memilih kerajaan.
::
Lebih merisaukan lagi apabila sudah ada rakyat khususnya generasi muda melihat pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan adalah sekadar pelaksanaan tanggungjawab kerajaan yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang
memerintah. Maksudnya, biar siapa pun yang memimpin kerajaan, pembangunan dan kemajuan itu akan datang seperti biasa apatah lagi mereka melihat bahawa pegawai kerajaannya adalah orang yang sama.
::
Oleh yang demikian, Pemuda Sabah mencadangkan agar kepimpinan kerajaan melaksanakan transformasi dengan membawa ‘pendekatan politik nilai dan makna’ dalam menggerakkan agenda pembangunan dan kemajuan Negara. Politik nilai dan makna yang dimaksudkan adalah menyuntik semangat dan ruh Umno dan BN dalam setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan. Strategi dan pendekatan yang bijak perlu dikenal pasti dan diguna pakai untuk memastikan rakyat menjiwai nilai dan makna kepimpinan dan kehadiran Umno dan BN dalam kerajaan hari ini.
::
Sebagai contoh, Pemuda Sabah amat menghargai tindakan YAB. Perdana Menteri dengan mengguna pakai dapatan dan syor Makmal Belia yang diterajui oleh Pemuda BN sebagai rujukan dalam memperkenalkan beberapa inisiatif dalam Bajet 2011 seperti pengenalan skim Rumah Pertamaku – Inilah yang kita maksudkan pendekatan politik nilai dan makna kerana sekurang-kurangnya rakyat akan mengetahui bahawa skim tersebut diwujudkan atas perjuangan Umno dan BN.
::
Begitu juga halnya dalam penetapan peruntukan bagi program-program pembangunan kerajaan. Kita mengetahui bahawa kerajaan mempunyai metodologi tertentu dalam perancangan pembangunan dan pengagihan peruntukan sama ada melalui Rancangan Lima Tahun atau Bajet Tahunan. Pemuda Sabah mencadangkan agar dibuat sedikit pengubahsuaian dengan mempertingkatkan peruntukan yang disalurkan melalui wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat. Kita perlu meningkatkan penghakupayaan atau empowerment kepada wakil-wakil rakyat atau pemimpinmasyarakat.
::
Ini adalah kerana kita melihat berbanding dengan projek-projek pembangunan yang turun ke sesuatu kawasan melalui perancangan berjadual kerajaan, rakyat akan lebih menghargai apabila sesuatu projek pembangunan yang mereka minta dan harapkan boleh diluluskan oleh wakil rakyat dan pemimpin masyarakat serta
dilaksanakan dengan segera. Ini juga akan membantu keberkesanan program juara rakyat dan turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin parti. Dalam melaksanakan perkara ini, kita juga berharap agar para wakil rakyat dapat memperluaskan penghakupayaan itu kepada pemimpin-pemimpin di peringkat sayap melalui pembentukan Majlis Pembangunan Kawasan yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan. Pendekatan ini adalah lebih baik berbanding kelulusan perutukan hanya ditentukan oleh seorang individu.
::
Pemuda Umno Sabah menyokong Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda
Umno Malaysia.
::
Sekian.
Dalam ucapannya juga, Armizan ada menyentuh mengenai keperluan penyelarasan dana peruntukan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Sabah agar supaya kelancaran pelaksanaan lebih dapat dizahirkan.
YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman (wakil MKT) sdg mendengar ucapan Armizan
No comments:
Post a Comment