Pada Mesyuarat Perwakilan Ke-20 Pergerakan Pemuda UMNO Papar yang diadakan pada 1 Mei 2011, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Papar Sdr Armizan Mohd Ali di dalam Ucapan Dasarnya membawa beberapa cadangan, antara lain:Armizan berkata bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Papar bersedia memberikan sokongan kepada kepimpinan Bahagian UMNO Papar dan ketiga-tiga wakil rakyat BN di sini jika memerlukan sebarang inisiatif bagi maksud cadangan-cadangan tersebut.
Mesyuarat Perwakilan berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah YB Dato' Mukhriz Tun Dr Mahahthir. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Hj Abd Rahim Ismail merangkap ADUN N.22 Pantai Manis juga Pengerusi RISDA Holdings dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Papar YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar merangkap ADUN N.21 Kawang juga Pembantu Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Negeri Sabah.
::KPP::

