Monday, May 18, 2009

Kunjungan Hormat Kepada YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin



Sebaik selesai Mesyuarat JK Khas Ke-III, Jawatankuasa Pemuda Umno Papar terus berangkat ke Pekan Papar. Bukan untuk lepak di kopi tiam tapi ada agenda serius untuk benafaat masyarakat Papar.

Pada petang 19 April 2009, rombongan JK Pemuda Umno Papar mengadakan kunjungan hormat kepada YB Timb. Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin merangkap Ahli Parlimen Papar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Papar.

Kunjungan hormat itu antara lain membincangkan tentang khidmat Program Cari yang menjadi salah satu agenda Ziarah Ehsan Pemuda Umno Papar.

Perbincangan selama lebih kurang 40 minit berlangsung dalam suasana mesra dan berakhir dengan kata sepakat.
Rosnah : Hari ni berapa haribulan, Mir?
KP : Errr... nanti dulu Datuk, saya cuba ingat dulu...
Sgt : Haribulan pun KP kita nda ingat... berapa haribulan ba hari ni?
Razak : Aku pun nda tau, kalau kau tanya pasal ekonomi aku tau lah
PSU : Biar saya check dulu dalam diari ni... kalau ada
Boni : (saya mau tolong kasitau, tapi saya pun lupa)
NKP : Hari ni... errr.. belum datang bulan
Sahrum : Saya rasa hari ni memang tiada haribulan la Datuk
Bahrudin : Saya tatap akan meng-kerusi-kan!
Jaya : Saya pula ada tiga kerusi lagi mau di-isi-kan..
Staff : Kamu datang ni mau beramah mesra dengan YB Datuk kah dengan siapa?
Bahrudin : Kami Pemuda mesra-rakyat, tu pasal kami mesra pada semua... hihihi... ada no. henfon?
::KPP::

No comments:

Post a Comment