Saturday, September 26, 2009

Majlis-majlis Rumah Terbuka AJK Pemuda Umno Papar


Sedondon: AJK Pemuda Umno Papar Sdr Hassan Sulaiman sekeluarga di rumah terbuka KP kami Sdr Armizan Mohd Ali.... 1Warna, 1Keluarga, 1Malaysia.

Alhamdulilah. Berlalu Ramadan, menjelma Syawal 1430 Hijrah.
::
Seperti juga kebiasaan umat Islam di Malaysia, amalan kunjung-mengunjung di rumah-rumah terbuka jadi amalan di Papar. Ini termasuklah rumah-rumah terbuka yang dibuat oleh sebahagian daripada AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar kali ini.
::
Kami memulakan kunjungan kali ini dengan menziarahi Rumah Terbuka YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar merangkap Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah.
::
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Kawang telah membuat majlis berkenaan di kediaman beliau di Lok Santing, Kg Pengalat Besar pada 2 Syawal 1430H bersamaan dengan 21 Sept 2009.
::


Di rumah Datuk Gulam dari kiri: KP Amir, NKP Roslie, PB Sahrum & PSU Tam@ Rosli

Antara AJK kami yang mengadakan rumah-rumah terbuka masing-masing ialah:
::
#Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali pada 6 Syawal 1430 bersamaan 25 Sept 2009 di Taman Sri Gaya, Luyang.
Dari kiri: Datuk Gulam, KP Amir, Datuk Mohd Bakri Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM) dan isteri beliau

Dari kiri: Uncle Sawar KB, Datuk Gulam KB, En Juil Nuatim (Naib Ketua Umno Bahagian Papar), KP Amir dan En Zulkhairi Ismail (AJK Umno Bahagian Papar)

::
#Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim pada 7 Syawal 1430H bersamaan 26 Sept 2009 di Lok Serangan, Kg Pengalat Kecil.
Dari kiri: Puan Jenny Abdullah, En Ahmad Hussin, NKP Roslie, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timb. Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri Umno M'sia dan Ahli Parlimen P.175 Papar), suami beliau En Fadly Hj Juanes, Datuk Gulam, Pg Saifuddin Pg Tahir (Bendahari Umno Bahagian Papar), KP Amir dan En Manaf

::
# Penolong Bendahari Pemuda Sdr Sahrum Datuk Abu Ali pada 3 Syawal 1430H bersamaan 22 Sept 2009 di Kg Sg Padang.
Dari kiri: PSU Rosli@ Tam, PB Sahrum, Alip, AJK Hassan, AJK Boniface, AJK Latip@ Rico, NKP Roslie dan Faizal Tahir

::
#AJK Sdr Azlan Jumah pada 3 Syawal 1430H bersamaan 22 Sept 2009 di Lok Tabasan Kg Takis
Dari kiri: AJK Boniface, NKP Roslie, AJK Azlan & AJK Rashid@ Abut

::
#AJK Sdr Abd Razak Rashid pada 5 Syawal 1430H bersamaan 24 Sept 2009 di Lorong Kassim, Kg Beringgis
Dari kiri: Faizal, PSU Tam@ Rosli, PB Sahrum dan AJK Razak
::
#AJK Sdr Rahim@ Samdin Aliuddin pada 7 Syawal 1430H bersamaan 26 Sept 2009 di Kg Sapat

Arah jam dari kiri bawah: Faizal, Alip, AJK Rahim, KP Amir, PSU Tam@ Rosli, PB Sahrum dan Nordin

Mudah-mudahan kemeriahan Syawal yang kita nikmati secara sederhana dalam keadaan aman dan sentosa di negara bertuah ini akan berkekalan di tahun-tahun mendatang hendaknya. Amin.
::
::KPP::

Monday, September 14, 2009

Sungkai Di Rumah Penolong Bendahari



Selesai misi Ziarah Ramadan, kami AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar singgah untuk berbuka puasa di rumah Penolong Bendahari Pemuda Papar Sdr Sahrum Datuk Hj Abu Ali di Kg Sg Padang, Papar.
::
Majlis sungkai ini juga dihadiri oleh ketua-ketua dan ahli-ahli Pemuda Umno cawangan-cawangan di jajaran Kg Sg Padang, Kg Kuala dan Kg Bambangan.









::KPP::


Sepintas Bersama Pemuda Umno Kawang




Dalam kesibukan menjalankan misi Ziarah Ramadan, kami berpeluang bersemuka dengan ahli-ahli Pemuda Umno Cawangan Serdang Kawang.
::
Ada dua item yang sempat dibereskan iaitu penyerahan 30 borang penambahan ahli-ahli Pemuda Umno cawangan tersebut dan yang keduanya menyerahkan sumbangan peralatan set sepak takraw untuk kegunaan bersama golongan belia di Kg Kawang.
::
Aktivis Pemuda Cawangan Serdang Kawang, Sdr Mohd Hasrul Ag Tuah berharap dengan penambahan ahli berkenaan maka hasrat untuk menubuhkan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno cawangan mereka akan tercapai pada mesyuarat tahunan 2010.
::
Buat masa ini daripada lima cawangan induk yang terdapat di lingkungan Kg Kawang, hanya sebuah cawangan sahaja yang mempunyai jawatankuasa sayap Pemuda.
::
Adalah diharapkan inisiatif yang ditunjukkan oleh Sdr Hasrul ini akan menjadi teladan kepada ahli-ahli Pemuda Umno di cawangan-cawangan lain dalam Bahagian P.175 Papar.
::
Dalam pada itu, Sdr Hasrul juga dengan sukarela menjadi pemandu (guide) kami untuk menziarahi lima buah rumah penerima benafaat Ziarah Ramadan di sekitar Kg Kawang.
::
Terima kasih Sdr Hasrul dan Sdr Syahirul Lubin serta ahli-ahli Pemuda Umno lingkungan Kg Kawang atas kesudian menemani kami dalam misi berkenaan.


::KPP::

Ziarah Ramadan 1430H


Seperti yang telah dirancangkan pada Mesyuarat AJK ke-5, maka pada 13 Sept 2009 dan 17 Sept 2009 kami memulakan Ziarah Ramadan iaitu program membuat kunjungan kepada beberapa rumah dalam kawasan Parlimen Papar.
::
Ziarah Ramadan ini sebenarnya adalah kesinambungan kepada projek induk Ziarah Ehsan yang telah dimulakan pada Mei 2009. Namun kebetulan kali ini ianya dizahirkan di dalam bulan Ramadan maka namanya disesuaikan dengan bulan yang penuh dengan rahmat ini dengan intipatinya kekal iaitu merealisasikan konsep pembelaan rakyat.
::
Bersesuaian dengan tema juga, maka pemanduannya diangkat bersama oleh Biro Kebajikan yang diketuai oleh Sdr Jimi@ Rohzimi Kassim dan Biro Agama yang dipengerusikan oleh Sdr Rohan Ahmat.


Gerombolan Pemuda Umno Papar sedang menunggu ketibaan KP Amir di hentian bas Kg Kawang.

Sebagaimana kriteria yang telah digariskan dalam keputusan mesyuarat berkenaan, maka misi kali ini mengunjungi rumah-rumah ibu/bapa tunggal miskin, pengidap sakit kronik dan/atau sakit mental, mangsa kebakaran dan penghuni rumah yang memerlukan pembaikan.
::
Untuk trip kali ini sebanyak 13 buah rumah di Kg Kawang (5 buah), Kg Kuala (5 buah), Kg Lepasan Kinarut (2 buah) dan Kg Pengalat Besar (1 buah) telah dipilih.













Sdr Mat Noor Usop menerima 20 keping zink untuk menggantikan zink-zink atap yang telah rosak


Nek Nerisah penghuni rumah yang menerima benafaat one-off Pemuda Papar sedang menyiapkan bekas ketupat untuk persediaan Syawal yang tinggal beberapa hari lagi
::
Mudah-mudahan Tuhan akan terus melimpahkan kemampuan seumpamanya kepada kami Pemuda Umno Papar bagi meneruskan projek kecil-kecilan sedemikan yang bermakna dalam usaha membela rakyat ini.


::KPP::

Sungkai & Tahlil Di Rumah Keluarga KP



Selesai Mesyuarat AJK Ke-5, kami terus menuju ke rumah keluarga Ketua Pemuda kami di Taman Sri Gaya, Luyang untuk menghadiri majlis Tahlil, Berbuka Puasa, Solat Maghrib hingga Solat Terawih untuk puasa Hari ke-8 1430H.


Majlis dihadiri oleh keluarga dan sanak saudara terdekat KP bersama AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar.




Arah jam dari bawah: PB Sahrum, NKP Roslie, PT Sabudin, PSU Tam, AJK Boni, AJK Jimi dan KP Amir

Dari kiri: AJK Rico, AJK Jeroy, AJK Abut dan AJK Yan


PB Sahrum tersenyum bila tersedar yang beliau tersalah pakai baju. Sepatutnya dia memakai angka 8 kerana hari itu adalah 8 Ramadan. Atau adakah kerana dia terlewat puasa 2 hari?


Membaca tahlil melalui henfon? Itu adalah kaedah yang digunakan oleh AJK Sgt Hassan...
::
KP Amir dan keluarganya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada majlis itu dan hanya Tuhan saja dapat membalas ganjaran yang setimpal. Amin...
::
::KPP::