Monday, November 22, 2010

Bajet Negeri Sabah 2011: Cadangan Pemuda UMNO Sabah Diterimapakai


Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 pada Oktober lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Sabah melalui wakilnya Sdr Armizan Mohd Ali (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Papar), ada membawa beberapa cadangan kepada Kerajaan.
::
Cadangan-cadangan yang dikemukakan melalui Usul Menyokong Ucapan Terima Kasih Terhadap Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno Malaysia dan disampaikan pada 20 Oktober 2010 di Dewan Merdeka PWTC, di antara lain berbunyi:


Kita mengetahui bahawa kerajaan mempunyai metodologi tertentu dalam perancangan pembangunan dan pengagihan peruntukan sama ada melalui Rancangan Lima Tahun atau Bajet Tahunan.


Pemuda Sabah mencadangkan agar dibuat sedikit pengubahsuaian dengan mempertingkatkan peruntukan yang disalurkan melalui wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat.


Kita perlu meningkatkan penghakupayaan atau empowerment kepada wakil-wakil rakyat atau pemimpinmasyarakat.


Ini adalah kerana kita melihat berbanding dengan projek-projek pembangunan yang turun ke sesuatu kawasan melalui perancangan berjadual kerajaan, rakyat akan lebih menghargai apabila sesuatu projek pembangunan yang mereka minta dan harapkan boleh diluluskan oleh wakil rakyat dan pemimpin masyarakat sertadilaksanakan dengan segera. Ini juga akan membantu keberkesanan program juara rakyat dan turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin parti.


Dalam melaksanakan perkara ini, kita juga berharap agar para wakil rakyat dapat memperluaskan penghakupayaan itu kepada pemimpin-pemimpin di peringkat sayap melalui pembentukan Majlis Pembangunan Kawasan yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan. Pendekatan ini adalah lebih baik berbanding kelulusan perutukan hanya ditentukan oleh seorang individu.

Alhamdulillah! YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, dalam membentangkan Bajet Negeri 2011 pada 19 Nov 2010 di Dewan Undangan Negeri Sabah, telah mengambil kira pandangan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah ini dengan kelulusan peruntukan khas ADUN kepada RM1.0 juta setahun bagi setiap kawasan.
::
Berikut adalah petikan ucapan pembentangan YAB Ketua Menteri yang berkenaan:


Selain daripada peruntukan untuk maksud perbelanjaan yang telah dinyatakan tadi, tidak dinafikan bahawa masih terdapat keperluan-keperluan yang harus ditampung dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya di seluruh negeri.


Saya sedar, bahawa selama ini Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa bekerja keras untuk menyelesaikan apa juga masalah rakyat di kawasan masing-masing. Sesungguhnya, rakyat sentiasa menaruh harapan yang tinggi terhadap kerajaan.


Mandat yang diberikan oleh rakyat tidak akan disia-siakan bahkan akan ditatang sebagaimana menatang minyak yang penuh. Cepat atau lambat, kerajaan berpegang pada prinsip, kata mesti dikota, janji mesti ditepati. Rakyat adalah pelanggan yang menjadi keutamaan kita.


Tiada yang lebih mustahak dalam pentadbiran ini melainkan menjaga kepentingan rakyat dengan membawa kemajuan dan kemakmuran demi kesejahteraan semua.


Oleh yang demikian, sukacita saya mengumumkan bahawa Peruntukan Khas bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan ditambah sebanyak RM 400 ribu, iaitu daripada RM 600 ribu kepada RM 1.0 juta mulai tahun hadapan.


Sayugia diingatkan, peruntukan khas yang diberikan ini adalah untuk dimanfaatkan secara adil dan bijaksana demi kepentingan rakyat yang memerlukannya.


Selain daripada itu, kebajikan rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri wajar diberikan perhatian serius dan bantuan kepada golongan yang memerlukan hendaklah dipertingkatkan.


Sehubungan itu, bantuan kepada orang susah sebanyak RM 50 ribu setahun akan dinaikkan seratus peratus kepada RM 100 ribu untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri.


Diharapkan dengan kenaikan tersebut, lebih ramai golongan susah dapat dibela dan diberikan bantuan.


Terima kasih kepada YAB Ketua Menteri kerana terus mengamalkan sikap keterbukaan serta prihatin dan tahniah juga diucapkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang kapasiti mereka untuk mengupayakan khidmat ditambah lagi.
::
Semoga rakyat Sabah terus menerima benafaat terbaik daripada Kerajaan Barisan Nasional!



::KPP::

Wednesday, November 17, 2010

Program Wacana Belia Papar. Jom!


Pergerakan Pemuda UMNO menggerakkan satu lagi program dalam pengupayaan minda dan tenaga belia kepada kesinambungan pembangunan dan kemajuan Daerah Papar. Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda kami, Sdr Armizan Mohd Ali mengenai yang sama:


Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar melalui Sekretariat Profesional dan Pekerja Muda akan menganjurkan Wacana Belia dan Pembangunan Daerah Papar. Wacana ini bertujuan untuk menyediakan ruang dan platform kepada para profesional dan pekerja muda di kalangan anak-anak Papar untuk mendapatkan maklumat berhubung hala tuju pembangunan dan isu-isu semasa berkaitan daerah Papar.


Program ini juga disasarkan untuk mendengar suara dan pandangan anak-anak Papar berhubung apa jua aspek dalam matlamat bersama meningkatkan pembangunan daerah Papar melalui Kerajaan Barisan Nasional. Program ini akan melibatkan para pemimpin tempatan sama ada pemimpin politik dan ketua-ketua jabatan berkaitan. Tarikh, masa dan tempat program akan ditetapkan kelak setelah mendapat respon awal daripada anak-anak Papar yang berminat.


Program yang dijangka berlangsung dalam 3-4 jam ini di hujung minggu. Penganjur merancang untuk melaksanakan program ini pada pertengahan bulan Disember. Sehubungan itu, semua profesional dan pekerja muda di kalangan anak-anak Papar dialu-alukan untuk menyertai program ini.


Sila daftarkan diri dengan menghubungi atau sms AJK yang ditetapkan dengan menyertakan butiran nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, alamat emel (kiranya ada) dan nama kampung asal.


Bersama Membangun Daerah Papar.


ARMIZAN MOHD ALI


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar

::KPP::





Thursday, October 21, 2010

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Papar Dalam PAU 2010



Ketua Pemuda UMNO Papar, Sdr Armizan Mohd Ali, telah diberi penghormatan untuk menjadi jurucakap Pergerakan Pemuda UMNO Sabah dalam Persidangan Pemuda UMNO M'sia bagi Perhimpunan Agung UMNO ke-61 di PWTC pada 21 Okt 2010.
::
Ucapan beliau adalah sebagai menyokong "Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO". Armizan menyampaikan ucapan beliau selepas pembentangan Usul berkenaan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican.
::
Ucapan beliau yang berkisar di sekitar "Transformasi Parti & Kerajaan Dalam Konteks Politik Nilai & Makna" disampaikan lebih kurang 30 minit dan berikut adalah petikan sebahagian daripadanya:
::
1. Dalam kesempatan masa yang terhad ini, izinkan Sabah
untuk turut sama memberikan pandangan dalam agenda transformasi Parti dan
Kerajaan.
:
Pasca PRU Ke-12 lantaran pukulan ombak tsunami yang ganas,
kita semua berbicara untuk melaksanakan transformasi atau perubahan. Pemuda
Sabah bersetuju dengan agenda tranformasi yang ingin dilaksanakan kerana
sebagaimana yang pernah disebutkan oleh YAB. Presiden Parti, sekiranya kita
tidak berubah, kita akan rebah.
:
Namun begitu, sebelum kita
melaksanakan sebarang tranformasi, adalah perlu untuk kita berpegang kepada tiga
premis iaitu;

· memahami asas dan landasan
proses transformasi kita – perlu diingat Umno dan BN tidak pernah gagal dalam
melaksanakan amanah dan pertanggungjawaban kepada rakyat. Kita berjaya memerdekakan Negara dan mengisi kemerdekaan Negara. Ini asas, landasan dan rekod pencapaian parti. Malangnya dengan landskap politik baru dunia, kejayaan ini tidak lagi menjadi sandaran penting rakyat dalam membuat pilihan dan pembangkang berjaya mewujudkan persepsi negatif terhadap parti dan kerajaan.


· mengetahui permasalahan
dan jalan penyelesaian yang tepat – permasalahan sebenar kita adalah ‘kegagalan
dalam mengurus kejayaan’ sebagaimana yang pernah disebutkan oleh YABhg. Tun
Abdullah Ahmad Badawi dalam salah satu tema ucapan dasar Presiden. Kita terlalu fokus mencipta kejayaan sehingga alpa dalam memastikan kejayaan itu diurus dengan bijak untuk memastikan rakyat menghargai dan menjiwainya.


· melaksanakan transformasi secara
kolektif dan holistik – kita selalu berfikir dan bertindak secara silo (silo
mentality). Masing-masing bergerak secara bersendirian yang menyebabkan impak yang tidak maksima dan menyeluruh serta membazirkan limited resource yang ada.

Silo mentality juga menyebabkan banyak pihak membuat kerja yang sama secara
berulang dan bertindih manakala ada bidang tugas tertentu pula tidak dilakukan
oleh sesiapa.

· mengelakkan terikut
rentak dan terperangkap dengan strategi pembangkang – keghairahan dalam
melakukan perubahan telah menyebabkan kita melakukan perkara yang tidak
sewajarnya kerana terikut-ikut isu yang dimanipulasi oleh pembangkang. Akhirnya, kita tidak mengetahui keutamaan yang sebenarnya perkara-perkara yang dekat dengan hati dan kehendak rakyat.
::
Tranformasi Parti
2. Alhamdulillah kita bersyukur kerana parti telah memulakan langkah transformasi. Namun, kita melihat setakat ini perubahan yang dilaksanakan banyak bersifat kosmetik dan struktural melalui pindaan perlembagaan parti contohnya. Transformasi yang dilaksanakan perlulah bersifat hakiki dan holistik meliputi pengisian dan metodologi perjuangan. Pemuda Sabah mahu agar parti digerakkan sebagai sebuah parti politik massa yang sebenar. Apa yang kita lihat parti hanya banyak digerakkan ketika pilihan raya dan acara-acara berbentuk ceremonial tertentu. Sebaik sahaja memenangi pilihan raya, kita akan menyerahkan sebahagian besar urusan rakyat kepada kerajaan contohnya dalam penggubalan dasar-dasar dan program-program kerajaan sehingga rakyat tidak dapat melihat peranan Umno dan BN.

Sebagaimana yang disebutkan oleh YAB. Timbalan Presiden Parti dalam Ucapan Perasmian semalam, rakyat ingin melihat sentuhan parti. Parti tidak digerakkan secara aktif dalam membincangkan isu-isu rakyat melalui wacana dan dialog. Diskusi rakyat tidak dibudayakan dan digerakkan secara sistematik sehinggakan rakyat dan ahli parti sendiri tidak melihat kepentingan mesyuarat tahunan parti di
peringkat cawangan dan bahagian kerana ia lebih bersifat ceremonial untuk
memenuhi tuntutan peraturan dan perlembagaan parti.
::
Pemuda Sabah mahu permasalahan rakyat dibincangkan secara aktif melalui forum parti agar rakyat dapat melihat peranan dan tanggungjawab Umno secara jelas. Inilah intipati penting Model Politik Baru yang perlu di guna pakai. Umno bukan sahaja menjadi nadi, jurubicara dan juara rakyat tetapi perlu dilihat bergerak secara aktif melaksanakan peranan itu.


Inilah naratif dan penceritaan baru yang boleh menjadi nilai tambah kepada modal wadah kemerdekaan dan politik pembangunan yang kita bawa selama ini. Sehubungan itu, Pemuda Sabah memuji langkah Pemuda Pusat dalam menganjurkan Forum Gaji Minimum baru-baru ini.


Sekiranya NGO tertentu bergerak mewakili kepentingan dan suara kelompok yang mereka wakili, Umno adalah sebuah NGO Politik yang mewakili rakyat keseluruhannya khususnya masyarakat bumiputera.


Kita mahu Majlis Kerja Tertinggi digerakkan melalui biro-biro yang ditubuhkan sebagaimana tuntutan yang ditetapkan kepada biro-biro di peringkat sayap-sayap. Apakah peranan MKT? Adakah MKT tidak perlu menganjurkan program? Adakah MKT hanya platform untuk mencari calon-calon Menteri, Timbalan Menteri atau Menteri-Menteri Besar. Mana input MKT untuk Bajet tahunan kerajaan? GTP? ETP? dan sebagainya. Pemuda Sabah menyambut baik cadangan YAB. Timbalan Presiden untuk memperkenalkan Skor Kad untuk menilai pencapaian pemimpin-pemimpin di peringkat sayap. Pemuda Sabah mencadangkan agar pelaksanaan Skor Kad ini juga diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin utama bahagian lain termasuk wakil-wakil rakyat.
::
Sekretariat Umno di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Bahagian perlu distruktur semula dan dimantapkan. Ia tidak boleh hanya berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Kita pernah mendengar cadangan penubuhan ‘War Room’ – sejauh
manakah pelaksanaannya kini dan adakah semua bahagian telah melaksanakan
penubuhannya.

Umno perlu mempunyai unit yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti isu-isu untuk menyerang pembangkang. Selama ini kita banyak bertindak defensif tanpa menyedari kita juga menjadi pembangkang di beberapa buah negeri.
::
Tranformasi Kerajaan
3. Pemuda Sabah kagum dan menyanjung tinggi kebijaksanaan dan kepimpinan YAB. Perdana Menteri dalam membawa pelbagai bentuk tranformasi dalam kerajaan. Pengenalan Gagasan 1 Malaysia dengan tema ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Program Tranformasi Kerajaan melalui 6 NKRA, Program Transformasi Ekonomi dan pelbagai inisiatif lain merupakan bukti kesungguhan kerajaan BN dalam membela kepentingan rakyat dan Negara. Kita yakin pemimpin dan kerajaan BN akan berjaya merealisasikan segala matlamat yang digariskan.
::
Namun begitu, Pemuda Sabah risau sekiranya kejayaan buat sekian kalinya yang bakal dibawa oleh kerajaan ini tidak akan dijadikan kayu pengukur oleh rakyat untuk terus memilih BN dalam pilihan raya yang akan datang. Sejarah telah membuktikan politik pembangunan dan rekod pencapaian cemerlang BN selama
ini membawa pembangunan pesat dan kemakmuran kepada Negara sudah tidak menjadi sandaran kepada rakyat dalam memilih kerajaan.
::
Lebih merisaukan lagi apabila sudah ada rakyat khususnya generasi muda melihat pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan adalah sekadar pelaksanaan tanggungjawab kerajaan yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang
memerintah. Maksudnya, biar siapa pun yang memimpin kerajaan, pembangunan dan kemajuan itu akan datang seperti biasa apatah lagi mereka melihat bahawa pegawai kerajaannya adalah orang yang sama.
::
Oleh yang demikian, Pemuda Sabah mencadangkan agar kepimpinan kerajaan melaksanakan transformasi dengan membawa ‘pendekatan politik nilai dan makna’ dalam menggerakkan agenda pembangunan dan kemajuan Negara. Politik nilai dan makna yang dimaksudkan adalah menyuntik semangat dan ruh Umno dan BN dalam setiap agenda pembangunan yang dilaksanakan. Strategi dan pendekatan yang bijak perlu dikenal pasti dan diguna pakai untuk memastikan rakyat menjiwai nilai dan makna kepimpinan dan kehadiran Umno dan BN dalam kerajaan hari ini.
::
Sebagai contoh, Pemuda Sabah amat menghargai tindakan YAB. Perdana Menteri dengan mengguna pakai dapatan dan syor Makmal Belia yang diterajui oleh Pemuda BN sebagai rujukan dalam memperkenalkan beberapa inisiatif dalam Bajet 2011 seperti pengenalan skim Rumah Pertamaku – Inilah yang kita maksudkan pendekatan politik nilai dan makna kerana sekurang-kurangnya rakyat akan mengetahui bahawa skim tersebut diwujudkan atas perjuangan Umno dan BN.
::
Begitu juga halnya dalam penetapan peruntukan bagi program-program pembangunan kerajaan. Kita mengetahui bahawa kerajaan mempunyai metodologi tertentu dalam perancangan pembangunan dan pengagihan peruntukan sama ada melalui Rancangan Lima Tahun atau Bajet Tahunan. Pemuda Sabah mencadangkan agar dibuat sedikit pengubahsuaian dengan mempertingkatkan peruntukan yang disalurkan melalui wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat. Kita perlu meningkatkan penghakupayaan atau empowerment kepada wakil-wakil rakyat atau pemimpinmasyarakat.
::
Ini adalah kerana kita melihat berbanding dengan projek-projek pembangunan yang turun ke sesuatu kawasan melalui perancangan berjadual kerajaan, rakyat akan lebih menghargai apabila sesuatu projek pembangunan yang mereka minta dan harapkan boleh diluluskan oleh wakil rakyat dan pemimpin masyarakat serta
dilaksanakan dengan segera. Ini juga akan membantu keberkesanan program juara rakyat dan turun padang yang dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin parti. Dalam melaksanakan perkara ini, kita juga berharap agar para wakil rakyat dapat memperluaskan penghakupayaan itu kepada pemimpin-pemimpin di peringkat sayap melalui pembentukan Majlis Pembangunan Kawasan yang bertanggungjawab meluluskan peruntukan. Pendekatan ini adalah lebih baik berbanding kelulusan perutukan hanya ditentukan oleh seorang individu.
::
Pemuda Umno Sabah menyokong Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda
Umno Malaysia.
::
Sekian.





::
Dalam ucapannya juga, Armizan ada menyentuh mengenai keperluan penyelarasan dana peruntukan Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Sabah agar supaya kelancaran pelaksanaan lebih dapat dizahirkan.
::


YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman (wakil MKT) sdg mendengar ucapan Armizan

::
Peruntukan berbilion ringgit setiap tahun yang diumumkan oleh Putrajaya untuk Sabah pastinya akan lebih mudah kembaranya jika sumber-sumber pelaksana termasuk jabatan/agensi Kerajaan Negeri digembelengkan dengan efisien. Maknanya peranan dan fungsi jabatan/agensi Kerajaan ini wajar dioptimumkan bagi mencapai maksud pelaksanaan.
::
Sementara itu, selain daripada Armizan, perwakilan Pemuda UMNO Papar ke Persidangan kali ini terdiri daripada Naib Ketua Pemuda Bahagian Sdr Roslie Ibrahim, Sdr M Jaya Sham Kassim dan Sdr Rico @Abd Latip Jetun.
::


:::KPP:::

Saturday, January 9, 2010

Ekspedisi Cegah Jenayah Dadah

::
Pasca Krismas, serombongan 60 orang Pemuda Umno Papar telah menyertai Ekspedisi Cegah Jenayah ke Ranau dan Sandakan selama tiga hari yang bermula pada 26 Dis 2009 dan berakhir pada 28 Dis 2009.
::
Trip penutup aktiviti akhir tahun ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar yang dicadangkan oleh AJK kami Sdr Rico @Abd Latip Jetun.
::
Ekspedisi merentasi Pedalaman sehingga ke Pantai Timur ini diisi dengan kempen Cegah Jenayah Dadah iaitu dengan mengedarkan risalah yang dibekalkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sabah di dua lokasi iaitu Pekan Ranau (26 Dis 2009) dan Bandar Sandakan (27 Dis 2009).
::
Rombongan Ekspedisi diketuai sendiri oleh KP kami Sdr Armizan Mohd Ali yang dibantu oleh NKP kami Sdr Roslie Hj Ibrahim. Selain dari tiga pegawai JK iaitu PSU Sdr Mohd Rosli Ibrahim, PB Sdr Sahrum Datuk Abu Ali dan KPP Sdr Fazil Ali, AJK Pemuda lain yang terlibat termasuklah Sdr Latip (Pendaftaran), Pengerusi Tetap Sdr Ag Bahruddin Ag Lampuh, Timb Peng Tetap Sdr Muhd Nazrey Ugun, Sdr Rohan Ahmat (Pemandu Lancong War Memorial), Sdr Rohzimi Kassim (Penggawa Edar Risalah), Sdr Malim Taip (Penghulu Asrama) dan Sdr Azlan Jumah (Pemandu Lancong Aktiviti Malam).
::
Perjalanan bermula dengan dua buah bas dan beberapa kereta dari Pekan Papar pada jam 9:00 pagi berhenti di Pekan Ranau untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, rombongan mula mengedar risalah kepada umum di sekitar Pekan.
::
Perjalanan diteruskan dan tiba di Sandakan sekitar jam 7:00 mlm dan terus mendaftar masuk untuk penginapan dua malam di Asrama Kompleks Sukan Sandakan.
::
::
Keletihan kami diceriakan dengan jamuan makan malam serta santai di rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi Sdr Firdaus Datuk Akhbar Khan. Kami disambut oleh pihak Tuan Rumah terdiri dari AJK Pemuda Umno Bhgn Batu Sapi dan Bhgn Libaran serta para pemimpin Wanita dan Puteri Umno Bhgn Batu Sapi.
::
KP Bt Sapi Sdr Firdaus menjual pantun dan mengalu-alukan kedatangan Pemuda Papar ke Sandakan
::
KP kami Sdr Amir membalas pantun dan mengundang Pemuda Bt Sapi membuat lawatan balas ke Papar
::
Bukan saja gawa' tapi gagang pun sapu bersih...
::
Cuba lihat 'tingkat' pinggan Sugus di rumah KP Bt Sapi
::
NKP kami tidak makan seafood, dia cuma makan telur penyu saja. Dari mana KP Bt Sapi dapat telur penyu kami tidak mau tau dan tidak mau campur....
::

PSU Tam@ Rosli menjadi penjaga masa ketika KP kami berucap
::
PB Sahrum sedang bersiap-siap untuk menyampaikan sebuah lagu malam itu sambil dicoach oleh Ading
::
Yo' sedang berjoget lambak ketika KP kami mendendangkan lagu
::
Pada keesokan harinya, kami membuat excursion ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Batu 14 dan Tugu Peringatan Perang (Death March War Memorial) di Batu 7.
::
::
Kemudian kami makan tengah hari di Pasar Ikan Bakar Jalan Buli Sim-Sim sebelum mengedarkan risalah di Pusat Bandar Sandakan sehingga senja.
::
::
Pada sebelah malam (27 Dis 2009), kami menjamu makan malam di sebuah restoran makanan laut di Bandar Indah, Bt 4 Sandakan.
::
Sugus: Bahagian itu kau jangan usik ah, aku sdh booking tu... sugus, sugus, sugus enaknya
::
::
Kami mengakhiri ekspedisi dengan berangkat balik ke Papar pada keesokan paginya (28 Dis 2009).
::
Moga-moga ekspedisi sedemikian akan dapat diadakan lagi di tahun 2010 dan melibatkan kawasan jelajah yang baru. Mengedar risalah mengenai bahaya dadah mungkin peranan yang kecil namun kami meletakkan harapan yang tinggi agar impaknya ada malah bergandaan.
:::
::
:
::KPP::

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Papar Sesi 2009



Untuk tahun Ke-3 berturut-turut, Pergerakan Pemuda Umno Papar berjaya sekali lagi menganjurkan majlis bagi meraikan kejayaan cemerlang anak-anak Parlimen Papar dalam UPSR dan PMR 2009.
::
Pada kali ini Pemuda Papar mengadakan kolaborasi bersama Pejabat Ahli Parlimen P.175 Papar dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Seperti tahun lepas, Majlis Daerah Papar juga sekali lagi bermurah hati dengan mengecualikan kenaan sewa untuk paparan Billboard Senarai Nama Pelajar dari 17 buah sekolah berkenaan.
Billboard Terpampang di Bulatan Entrance Pekan Papar
::
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Papar 2009 ini melibatkan 49 orang pelajar anak-anak Papar yang mendapat gred Semua 'A' dalam mata pelajaran yang mereka ambil. Daripada jumlah berkenaan, 21 orang adalah pelajar UPSR dan 28 pelajar PMR.
::
Dalam pada itu, satu Anugerah Khas diberikan kepada seorang insan yang banyak berjasa bagi menyumbang dalam pendidikan di Papar, iaitu Sdr Ag Jasri Pg Jaafar.
::
Majlis kali ini dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin merangkap Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang juga Ahli Parlimen Papar.
YB Datuk Rosnah menyampaikan Ucapan Perasmian
::
Ucapan Aluan disampaikan oleh Sdr KP Papar Armizan Mohd Ali
::
PPD Papar En Abidin Marjan mengulas statistik pencapaian peperiksaan dan harapan beliau
::
Hadir sama dalam majlis berkenaan termasuklah YB Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan N.21 Kawang, En Abidin Marjan (Pegawai Pelajaran Daerah Papar), En Juil Nuatim (Naib Ketua Umno Bahagian Papar merangkap Pemimpin Kemajuan Rakyat N.21 Kawang), En Zulkhairi Ismail (Ketua Pentadbir Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan), En William Ahlan (Penolong Pegawai Daerah Papar), En Tamin Zainal (Pegawai Khas Ahli Parlimen Papar).
::
Turut hadir En Ag Saifuddin Pg Tahir (Bendahari Umno Bahagian Papar), YBhg Datin Dgku Ainon Pg Bagul (Ketua Pergerakan Wanita Umno Papar), Puan Norlaila Hj Dusi (Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Papar), Puan Kartini (Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar), AJK Bahagian dan AJK Sayap-sayap Pergerakan Umno Papar.
::
Dari kanan Sdr Aiddie Dahlin (Pengerusi Biro Pelajaran & Pengajian Tinggi Pergerakan Pemuda Umno Papar) dan Sdr Roslie Hj Ibrahim (NKP Papar)

Dari kiri : En Zulkhairi, Datuk G dan En Iman Ali (Pegawai Daerah Papar). Walaupun Tuan DO tidak dapat bersama sepanjang majlis kerana terpaksa menghadiri tugas rasmi di ibu negeri pada waktu yang sama, beliau mengambil masa datang di awal majlis sebelum bergegas ke Kota Kinabalu

Betulkah isu harga gula yang menjadi perbualan di antara Ngian Saifuddin dan Datuk G? Teka-teki ini tidak menawarkan sebarang hadiah

Puan Norlaila (NKW Papar) bersama rombongan AJK Wanita Papar

::
Selain daripada 49 pelajar berkenaan, majlis juga diserikan dengan hadirnya para Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah di sekitar Daerah Papar dan ibu-bapa pelajar terbabit. Tidak ketinggalan juga para pesara guru yang terus prihatin dengan kemajuan pendidikan anak-anak Papar.
::
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada anak-anak Papar yang cemerlang ini dan ayuh lestarikan tahap pencapaian anda!
::
Barisan Pengetua & Guru Besar bersama VIPs
::
Para pesara guru merakamkan kenangan bersama VIPs
::
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Apa sekalipun sebarang usaha tidak akan berjaya tanpa kerjasama sepasukan yang ditunjukkan.
::
Sehubungan dengan itu kejayaan majlis kali ini yang dilaksanakan oleh Biro Pelajaran & Pengajian Tinggi Pergerakan Pemuda Umno Papar, berjaya lantaran komitmen esprit de corp daripada barisan AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar, sukarelawan Pemuda Umno dari beberapa cawangan, petugas-petugas Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Papar, petugas-petugas Pejabat Pelajaran Daerah Papar, sukarelawan fotografer, Kumpulan Koir SMK St Joseph, Kumpulan Gamelan SMK St Joseph, Kumpulan Kompang Belia Kg Kelanahan dan pekerja-pekerja Dewan Masyarakat Papar dari Majlis Daerah Papar.
::
Tahniah dan terima kasih untuk semua.
::
AJK Pemuda Umno Papar sedang mengaudit jumlah kehadiran audien yang semakin ramai berbanding dua tahun sebelumnya
::
Untuk tahun ini tiada di kalangan Pemuda Umno Papar yang dilantik dalam AJK Makanan..... tapi masih ramai yang bersukarela menjaga aspek berkenaan
::
Barisan Pemuda Umno Papar daripada cawangan-cawangan yang komited berkhidmat tanpa ganjaran material merakamkan kenangan bersama Pengerusi Biro Pelajaran & Pengajian Tinggi di kaunter pendaftaran
::
Barisan petugas dari Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Papar
::
Aktivis Pemuda Umno Cawangan Sdr Ag Junaidi yang menjadi pengemudi acara untuk kali ini
::
Dua guru komited Cikgu Rosli@ Joe dan Cikgu Zaini yang sudi menyumbangkan khidmat menangkap foto pegun. Memang terpegun kita dengan hasil karya mereka
::
Kumpulan Koir SMK St Joseph Papar
::
Kumpulan Gamelan SMK St Joseph Papar
::
Kumpulan Kompang Belia Kg Kelanahan
:
::
:::
::KPP::