Tuesday, May 12, 2009

Pemuda Umno Papar Saksi Penyerahan PPR Sagindai


Sebanyak 500 unit flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kinarut Papar telah siap sepenuhnya baru-baru ini.

Projek Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Persekutuan (KPKT) ini dilaksanakan oleh kontraktor tempatan Ekstraya Sdn Bhd dan diserahkan pengurusannya kepada Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah (KKTP) pada 8 Mac 2009.

KPKT diwakili oleh YB Datuk Hamzah Zainuddin (mantan) Timbalan Menteri kementerian berkenaan manakala KKTP diwakili oleh YB Pembantu Menteri Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.





Datuk Gulam telah berbesar hati menjemput Pergerakan Pemuda Umno Papar hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.

::KPP::

No comments:

Post a Comment