::
Pasca Krismas, serombongan 60 orang Pemuda Umno Papar telah menyertai Ekspedisi Cegah Jenayah ke Ranau dan Sandakan selama tiga hari yang bermula pada 26 Dis 2009 dan berakhir pada 28 Dis 2009.
::
Trip penutup aktiviti akhir tahun ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar yang dicadangkan oleh AJK kami Sdr Rico @Abd Latip Jetun.
::
Ekspedisi merentasi Pedalaman sehingga ke Pantai Timur ini diisi dengan kempen Cegah Jenayah Dadah iaitu dengan mengedarkan risalah yang dibekalkan oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sabah di dua lokasi iaitu Pekan Ranau (26 Dis 2009) dan Bandar Sandakan (27 Dis 2009).
::
Rombongan Ekspedisi diketuai sendiri oleh KP kami Sdr Armizan Mohd Ali yang dibantu oleh NKP kami Sdr Roslie Hj Ibrahim. Selain dari tiga pegawai JK iaitu PSU Sdr Mohd Rosli Ibrahim, PB Sdr Sahrum Datuk Abu Ali dan KPP Sdr Fazil Ali, AJK Pemuda lain yang terlibat termasuklah Sdr Latip (Pendaftaran), Pengerusi Tetap Sdr Ag Bahruddin Ag Lampuh, Timb Peng Tetap Sdr Muhd Nazrey Ugun, Sdr Rohan Ahmat (Pemandu Lancong War Memorial), Sdr Rohzimi Kassim (Penggawa Edar Risalah), Sdr Malim Taip (Penghulu Asrama) dan Sdr Azlan Jumah (Pemandu Lancong Aktiviti Malam).
::
Perjalanan bermula dengan dua buah bas dan beberapa kereta dari Pekan Papar pada jam 9:00 pagi berhenti di Pekan Ranau untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, rombongan mula mengedar risalah kepada umum di sekitar Pekan.
::
Perjalanan diteruskan dan tiba di Sandakan sekitar jam 7:00 mlm dan terus mendaftar masuk untuk penginapan dua malam di Asrama Kompleks Sukan Sandakan.
::
::
Keletihan kami diceriakan dengan jamuan makan malam serta santai di rumah Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Sapi Sdr Firdaus Datuk Akhbar Khan. Kami disambut oleh pihak Tuan Rumah terdiri dari AJK Pemuda Umno Bhgn Batu Sapi dan Bhgn Libaran serta para pemimpin Wanita dan Puteri Umno Bhgn Batu Sapi.
::
KP Bt Sapi Sdr Firdaus menjual pantun dan mengalu-alukan kedatangan Pemuda Papar ke Sandakan
::
KP kami Sdr Amir membalas pantun dan mengundang Pemuda Bt Sapi membuat lawatan balas ke Papar
::
Bukan saja gawa' tapi gagang pun sapu bersih...
::
Cuba lihat 'tingkat' pinggan Sugus di rumah KP Bt Sapi
::
NKP kami tidak makan seafood, dia cuma makan telur penyu saja. Dari mana KP Bt Sapi dapat telur penyu kami tidak mau tau dan tidak mau campur....
::
PSU Tam@ Rosli menjadi penjaga masa ketika KP kami berucap
::
PB Sahrum sedang bersiap-siap untuk menyampaikan sebuah lagu malam itu sambil dicoach oleh Ading
::
Yo' sedang berjoget lambak ketika KP kami mendendangkan lagu
::
Pada keesokan harinya, kami membuat excursion ke Pusat Pemulihan Orang Utan di Batu 14 dan Tugu Peringatan Perang (Death March War Memorial) di Batu 7.
::
::
Kemudian kami makan tengah hari di Pasar Ikan Bakar Jalan Buli Sim-Sim sebelum mengedarkan risalah di Pusat Bandar Sandakan sehingga senja.
::
::
Pada sebelah malam (27 Dis 2009), kami menjamu makan malam di sebuah restoran makanan laut di Bandar Indah, Bt 4 Sandakan.
::
Sugus: Bahagian itu kau jangan usik ah, aku sdh booking tu... sugus, sugus, sugus enaknya
::
::
Kami mengakhiri ekspedisi dengan berangkat balik ke Papar pada keesokan paginya (28 Dis 2009).
Moga-moga ekspedisi sedemikian akan dapat diadakan lagi di tahun 2010 dan melibatkan kawasan jelajah yang baru. Mengedar risalah mengenai bahaya dadah mungkin peranan yang kecil namun kami meletakkan harapan yang tinggi agar impaknya ada malah bergandaan.
:::
::
:
::KPP::