Monday, September 14, 2009

Mesyuarat AJK Ke-V


Tarikh event ini ialah petang 29 Ogos 2009 iaitu bersamaan dengan 8 Ramadan 1430H, di sebuah restoran di kawasan Luyang Perdana.
::
Apakah yang dilakukan di sana oleh AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar ketika umat Islam baru sahaja dalam minggu pertama berpuasa?
::


Alhamdulilah. Kami melaksanakan tanggungjawab dengan mengadakan Mesyuarat AJK Ke-5 di restoran yang ditutup sementara operasinya sempena Ramadan.
::
Tempat ini dipilih kerana ia berdekatan dengan rumah keluarga Ketua Pemuda kami yang akan mengadakan majlis Tahlil & Berbuka Puasa pada hari yang sama.



Apa yang penting sangat sehingga perlu mengadakan mesyuarat di bulan puasa? Agenda kami pada mesyuarat berkenaan antaranya ialah membincangkan post-mortem Futsal 24-Jam yang telah berjaya diadakan pada 1-2 Ogos lepas dan juga penelitian program Ziarah Ramadan yang bakal diadakan dalam tempoh 14-hari daripada tarikh mesyuarat ini.




Program Ziarah Ramadan adalah lawatan ke beberapa rumah di sekitar Parlimen Papar yang akan ditentukan kriterianya secara gabungan oleh Biro Kebajikan dan Biro Agama Pemuda Umno Papar.
::
Dan alhamdulilah untuk kali ini sebanyak 13 rumah yang dipilih untuk kami menyerahkan bantuan serta mengambil maklumat bagi dimasukkan dalam pengkalan data juga input untuk diserahkan kepada ketiga-tiga wakil rakyat BN di lingkungan Parlimen Papar.





Mudah-mudahan aktiviti kami ini akan ditimbang sebagai ibadah oleh Tuhan. Amin...
::
::KPP::

No comments:

Post a Comment