Saturday, September 26, 2009

Majlis-majlis Rumah Terbuka AJK Pemuda Umno Papar


Sedondon: AJK Pemuda Umno Papar Sdr Hassan Sulaiman sekeluarga di rumah terbuka KP kami Sdr Armizan Mohd Ali.... 1Warna, 1Keluarga, 1Malaysia.

Alhamdulilah. Berlalu Ramadan, menjelma Syawal 1430 Hijrah.
::
Seperti juga kebiasaan umat Islam di Malaysia, amalan kunjung-mengunjung di rumah-rumah terbuka jadi amalan di Papar. Ini termasuklah rumah-rumah terbuka yang dibuat oleh sebahagian daripada AJK Pergerakan Pemuda Umno Papar kali ini.
::
Kami memulakan kunjungan kali ini dengan menziarahi Rumah Terbuka YB Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar iaitu Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar merangkap Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah.
::
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Kawang telah membuat majlis berkenaan di kediaman beliau di Lok Santing, Kg Pengalat Besar pada 2 Syawal 1430H bersamaan dengan 21 Sept 2009.
::


Di rumah Datuk Gulam dari kiri: KP Amir, NKP Roslie, PB Sahrum & PSU Tam@ Rosli

Antara AJK kami yang mengadakan rumah-rumah terbuka masing-masing ialah:
::
#Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali pada 6 Syawal 1430 bersamaan 25 Sept 2009 di Taman Sri Gaya, Luyang.
Dari kiri: Datuk Gulam, KP Amir, Datuk Mohd Bakri Zinin (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM) dan isteri beliau

Dari kiri: Uncle Sawar KB, Datuk Gulam KB, En Juil Nuatim (Naib Ketua Umno Bahagian Papar), KP Amir dan En Zulkhairi Ismail (AJK Umno Bahagian Papar)

::
#Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim pada 7 Syawal 1430H bersamaan 26 Sept 2009 di Lok Serangan, Kg Pengalat Kecil.
Dari kiri: Puan Jenny Abdullah, En Ahmad Hussin, NKP Roslie, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin (Timb. Menteri Kesihatan merangkap Ketua Puteri Umno M'sia dan Ahli Parlimen P.175 Papar), suami beliau En Fadly Hj Juanes, Datuk Gulam, Pg Saifuddin Pg Tahir (Bendahari Umno Bahagian Papar), KP Amir dan En Manaf

::
# Penolong Bendahari Pemuda Sdr Sahrum Datuk Abu Ali pada 3 Syawal 1430H bersamaan 22 Sept 2009 di Kg Sg Padang.
Dari kiri: PSU Rosli@ Tam, PB Sahrum, Alip, AJK Hassan, AJK Boniface, AJK Latip@ Rico, NKP Roslie dan Faizal Tahir

::
#AJK Sdr Azlan Jumah pada 3 Syawal 1430H bersamaan 22 Sept 2009 di Lok Tabasan Kg Takis
Dari kiri: AJK Boniface, NKP Roslie, AJK Azlan & AJK Rashid@ Abut

::
#AJK Sdr Abd Razak Rashid pada 5 Syawal 1430H bersamaan 24 Sept 2009 di Lorong Kassim, Kg Beringgis
Dari kiri: Faizal, PSU Tam@ Rosli, PB Sahrum dan AJK Razak
::
#AJK Sdr Rahim@ Samdin Aliuddin pada 7 Syawal 1430H bersamaan 26 Sept 2009 di Kg Sapat

Arah jam dari kiri bawah: Faizal, Alip, AJK Rahim, KP Amir, PSU Tam@ Rosli, PB Sahrum dan Nordin

Mudah-mudahan kemeriahan Syawal yang kita nikmati secara sederhana dalam keadaan aman dan sentosa di negara bertuah ini akan berkekalan di tahun-tahun mendatang hendaknya. Amin.
::
::KPP::

1 comment: