Tuesday, June 9, 2009

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Papar vs Umno Sipitang



Pada 28 Mei 2009, pasukan bola sepak Umno Sipitang yang memang terkenal aktif 'turun padang', samada untuk menyertai pertandingan maupun membuat lawatan persahabatan, telah bersinggah ke Papar.
Pasukan Pelawat
Kedatangan mereka dilayani oleh pasukan bola sepak Papar yang dibarisi oleh pemain-pemain regular daripada beberapa pasukan utama di Daerah ini.
::
Pasukan Umno Sipitang diketuai oleh Manager-cum-Player numero uno mereka iaitu YB Datuk Hj Sapawi Ahmad, Ketua Umno Bahagian Sipitang merangkap Ahli Parlimen Sipitang. Datuk Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah ini memang dikenali sebagai figura yang sporting dan mesra.
Pasukan Tuan Rumah
Sementara itu, Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Papar yang diketuai oleh numero uno kami iaitu Sdr Armizan Mohd Ali telah hadir sebagai hos, penyambut tetamu dan penonton (tak terkecuali juga sebagai barisan pemain simpanan beku).
::
Kehadiran kami Pemuda Umno adalah sebagai menghargai kesudian Team Umno Sipitang mengunjungi Daerah Papar bagi merapatkan hubungan silaturrahim kesemua yang terlibat.
Dari Kiri : Armizan, Iman dan Tamin
Turut hadir menyaksikan perlawanan persahabatan yang berakhir dengan keputusan 2-2 itu ialah En Iman Ali (Pegawai Daerah Papar), En Tamin Zainal (Pegawai Khas Parlimen kepada YB Timb Menteri Kesihatan) dan Sdr Roslie Hj Ibrahim (Naib Ketua Pemuda Umno Papar).
Barisan pemain simpanan sampai beku....
::KPP::

Malam Perpaduan KRT Kg Benoni



Pada 23 Mei 2009, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Benoni telah mengadakan Majlis Malam Perpaduan di Dewan Serbaguna Kg Benoni.
::
Majlis ini diadakan sempena pembentukan Jawatankuasa Baru KRT Kg Benoni, mengenang jasa barisan Jawatankuasa lama, penyampaian hadiah sukan Badminton dan Dart serta kemuncak pertandingan nyanyian untuk kategori terbuka dan veteran.
::
Majlis malam itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Sdr Roslie Hj Ibrahim sebagai mewakili Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar.

Dalam ucapannya Roslie antara lain berkata bahawa KRT adalah antara badan yang berperanan menjadi pemangkin perpaduan di kalangan rakyat dan oleh itu KRT yang aktif adalah KRT yang efektif ke arah maksud tersebut.
::
Beliau juga mengimbau sejarah perpaduan negara sejak sebelum era kemerdekaan yang antara pelopornya ialah Parti Perikatan yang menggabungkan parti-parti politik seperti Umno, MCA dan MIC.
::
Roslie menekankan betapa perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara Malaysia selama ini menikmati politik yang stabil dan seterusnya ekonomi yang makmur.
::
Sementara itu, Pemuda Umno Papar mencatatkan satu lagi batu-tanda apabila Penolong Setiausaha Pemuda kami Sdr Mohd Rosli Ibrahim dipilih menjadi Pengerusi baru KRT Kg Benoni untuk kali ini.

Dalam ucapan alu-aluannya, Sdr Mohd Rosli atau panggilan mesranya Tam, mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan barisan AJK KRT yang baru.
::
Tam juga merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan KRT yang lama yang telah menyediakan asas yang baik bagi barisan baru meneruskan khidmat ke arah memperkukuhkan lagi perpaduan penduduk di kampung berkenaan.
Barisan AJK Pemuda Umno Bahagian yang hadir, dari kiri : Latip@ Rico, Nasip@ Jeroy, Rohan dan Malim
MC Tatap & Berpencen, A Bahrudin@ Sabudin
Orang kuat Pemuda Benoni dan KRT Benoni, Faizal Tahir (tiada bakat menyanyi, tapi ada bakat dalam kepimpinan)
Dari kiri; Sahrum Datuk Abu Ali (Bendahari Pemuda Umno Papar) dan Hadi Hj Abd Kassim (Setiausaha Sulit Kepada Timb. Menteri Kesihatan)
Barisan Pemuda Umno dari cawangan-cawangan sekitar Kg Benoni yang menjadi tenaga penggerak KRT Kg Benoni
Malim : Din, apa buku terbaru yang kau baca?
Nordin : Burung Kakak Tua, kandungannya lebih hebat daripada buku Blue Ocean Strategy
Malim : Din, kau ni semua kau sapu, Pengerusi Tetap, Pengacara Tetap, Pencen Tetap...
Sabudin : Tatap! Takkan Sabudin Hilang Di Majlis...







::KPP::

Sunday, June 7, 2009

Siri Taklimat Sidang Cawangan


Musim Persidangan Cawangan-cawangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar bermula lagi.

Sehubungan dengan Sesi 2009 ini, Pemuda Papar yang telah membuka tirai melalui Perasmian Berkelompok pada 16 Mei 2009 lalu, mengadakan siri jerayawara taklimat bagi beberapa cawangan baru dan cawangan-cawangan yang tidak dapat bersidang pada tahun lepas.
::
Diketuai oleh Naib Ketua Pemuda Sdr Roslie Hj Ibrahim, pasukan taklimat telah berjaya mengadakan beberapa taklimat ke beberapa cawangan dalam siri jerayawara berkenaan. Penekanan taklimat ialah aplikasi Peraturan dan Tatacara Mesyuarat/Persidangan Pergerakan Pemuda Umno yang diterbitkan dan dikeluarkan oleh Umno Pusat.
::
Untuk Pemuda Umno Bahagian Papar jadual persidangan cawangan masing-masing telah ditetapkan yang bermula pada 6 Jun 2009 sehingga 28 Jun 2009.
::
Pada tahun ini sebanyak 69 cawangan Pergerakan Pemuda Umno Cawangan yang layak bersidang dan cawangan masing-masing akan dihubungi oleh wakil=wakil Pemuda Bahagian yang telah dilantik untuk memantau persidangan masing-masing.
::
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Penolong Setiausaha Pemuda Sdr Tam@ Mohd Roslie Ibrahim (013 851 3931) dan/atau Setiausaha Kerja Pemuda Sdr Hazri Hj Ajamain (013 555 7105).
::
Selamat menjalankan tanggungjawab dan selamat bersidang!












::KPP::

Saturday, June 6, 2009

Pengumuman Pelantikan


Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar Sdr Armizan Mohd Ali telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Sekretariat Penerangan & Komunikasi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada 27 Mei 2009 oleh Pengerusi Sekretariat berkenaan iaitu Datuk Reezal Marican Naina Marican.

Armizan atau panggilan mesra beliau Amir yang juga Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri juga dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Perhubungan NGO Pergerakan Pemuda Umno Negeri Sabah baru-baru ini.

Semoga pelantikan beliau akan menaikkan lagi imej Pemuda Umno Papar khasnya dan Pemuda Umno Sabah amnya dan kami menaruh harapan yang tinggi agar beliau dapat menggalas tanggungjawab ini sebagaimana yang diamanahkan.

::KPP::

Thursday, June 4, 2009

Futej Program Dialog Pencegahan Jenayah


Ketibaan YB Datuk Gulam KB disambut oleh YBhg Pegawai Daerah En Iman Ali dan penduduk Kg Kawang

Ini adalah futej Program Dialog Pencegahan Jenayah yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kg Kawang pada 17 Mei 2009.

YB Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri Sabah Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Papar telah sudi datang untuk merasmikan majlis berkenaan.

Program ini adalah kerjasama julung-julung kali antara Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Papar dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.
Ucapan perasmian oleh YB Datuk Gulam KB
Ucapan Alu-aluan oleh YBhg DSP Nek Zaidi Zakaria
Ucapan Oleh Ketua Pemuda Sdr Armizan Mohd Ali
Mudah-mudahan kerjasama ini akan berlanjutan dari masa ke semasa supaya hubungan antara masyarakat dan Polis akan lebih intim agar matlamat ke arah mensifarkan jenayah akan tercapai.











::KPP::