Thursday, August 27, 2009

Santai Pemuda Kg Beringis



Siri Santai Pemuda yang ke-6 telah berjaya diadakan di kediaman AJK Pemuda Bahagian kami Sdr Abd Razak Rashid di Lorong Kassim, Kg Beringgis pada 9 Ogos 2009.
::
Majlis dimulakan dengan solat jemaah Maghrib dan tahlil di rumah berkenaan.




Selesai tahlil maka kami pun berkudapan sebelum ke acara seterusnya.




Tuan Rumah sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.


Pantun Tuan Rumah disambut oleh Ketua Pemuda kami



AJK Pemuda dari kiri: Rohan, Jamlih, Yan, Jimi, Rico dan Abut
::
Agenda malam itu diteruskan dengan majlis penyerahan permohonan menjadi ahli Umno daripada kawasan Kg Beringgis iaitu di bawah Daerah Mengundi/Peti Undi Kawang.
::
Cawangan pertama iaitu Cawangan Kg Beringgis menyerahkan borang penambahan ahli manakala satu cawangan penaja iaitu Cawangan Bangkau Dela menyerahkan borang permohonan penubuhan.

Ketua Pemuda Cawangan Kg Beringgis Sdr Muhammad Salam menyerahkan borang penambahan ahli kepada KP disaksikan oleh NKP


Ketua Pemuda Penaja Cawangan Bangkau Dela menyerahkan borang permohonan untuk diserahkan ke Ibu Pejabat Umno Pusat
::
Majlis diteruskan lagi dengan sesi dialog.


Suhaimi Basirin sedang mengajukan pendapat dan cadangan pada majlis dialog. Beliau adalah mantan KP Cawangan Beringgis yang terus aktif menyumbangkan tenaga dalam apa-apa aktiviti Pemuda khasnya di Kg Beringgis.



Arah jam dari kiri : NKP Roslie, Billy @Ruslan Ag Damit aktivis Umno Beringis, KP Amir dan Tuan Hj Yaman Ag Ali AJK Bahagian Umno Papar


Majlis diakhiri dengan bacaan berzanji oleh AJK kami iaitu Sdr Yan@ Imbran Manik


::KPP::

Futej Futsal Hari Ke-2 & Penyampaian Hadiah

Permainan Hari Ke-2 dan terakhir berlangsung dengan lancar tanpa henti, selepas Hari Pertama selamat diadakan dengan jayanya.
::
Siapakah pemegang mahkota Kejohanan Futsal 24-Jam 2009 anjuran Pergerakan Pemuda Umno Papar ini?

Johan : Pasukan Camel FC 'A' dari Kg Berundong dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.00

Naib Johan : Pasukan Majlis Daerah Papar 'A'; RM2,000.00

Tempat Ke-3 : Pasukan Nates FC dari Kg Limbahan; RM1,000.00

Tempat Ke-4 : Pasukan Kelanahan 'A' dari Kg Kelanahan, RM500.00




Persaingan Raja Sepak Manggis juga semakin hangat


Bendahari Bahagian Umno Papar, Pg Saifuddin Pg Tahir sedang bersedia mencabut kad pemenang tiket bertuah



Sdr PSU Tam @Rosli sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah


Dari Kiri : Sdr KP Amir, Naib Ketua Bahagian En Juil, YB Timb Ketua Bahagian Datuk Gulam, Sdr NKP Roslie dan Pegawai Akhbar DUN N.21 Kawang En Tahir Diasin, sedang menyaksikan perlawanan-perlawanan yang berlangsung pada jam ke-24. Namun akhirnya peruntukan masa ditambah 4 jam lagi untuk menamatkan Futsal Tanpa Henti yang julung-julung kali dianjurkan di Parlimen Papar ini.



Barisan AJK Pelaksana.... penat tapi puas



Sebahagian para penonton yang setia menanti sehingga tamat semua permainan



Pasukan JPAM yang terus setia membantu



Jurustatistik kami, Sdr Jimi sedang memberikan laporan kepada Sdr NKP Roslie


Johan : Pasukan Camel FC 'A'


Naib Johan : Pasukan MDP 'A'


Tempat Ke-3 : Pasukan Nates FC


Tempat Ke-4 : Pasukan Kelanahan FC 'A'



Kotohuadan YB Datuk....


Terima kasih Tuan PKR...
Pemuda Umno Papar Boleh!
::KPP::

Futej Futsal Hari Pertama


Selepas Majlis Perasmian yang berlangsung di dalam Dewan Datuk Salleh Sulong, maka agenda program diteruskan di kawasan lapang bersebelahan dan sekitar Padang Bola Sepak Pekan Papar.



Macam-macam ada. Sementara persiapan game pertama Futsal. acara-acara sampingan berlangsung termasuklah pendaftaran SPR, klinik kesihatan percuma, sepak manggis dan cabutan tiket bertuah.









Sdr KP Amir menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang cabutan tiket bertuah


Pasukan Pertama yang memulakan permainan....








Pada jam 10:15pm, Sdr NKP Roslie memantau perkembangan perjalanan Hari Pertama daripada Pengarah Program Sdr Razak.
::
Suasana sekitar jam 10:30 malam....







Orang kuat kami Sdr Ito yang menjadi tulang belakang acara Sepak Manggis sedang menceritakan pengalaman beliau yang mencabar mengendalikan kerenah para perserta...


::KPP::